Belum lagi reda dengan kisah topeng muka yang bocor, Datuk Seri Aliff Syukri buat netizen 'panas' lagi. Mana tidaknya dia didakwa menipu lagi semasa membuat Live, mempromosikan produk minuman kurus.
Di Twitter kecoh bila ada pengguna yang berkongsi video tersebut. Dalam video tersebut, Aliff Syukri berkongsi dengan penonton tentang minuman yang diambilnya untuk kurus. Namun jika diperhatiakan secara teliti, Aliff tak letak pun bahan minuman tersebut ke dalam cawannya.
Ini kerana getah yang digunakan untuk mengikat sachet tersebut langsung tak dibuka. "Dato Aliff buat hal lagi. Acah letak dalam cawan tapi sachet ikat dengan getah. Cuba perhatikan," tulis netizen. Tak tahulah apa sebab sebenar penyanyi Bobo Di Mana ini buat macam tu? Harap Datuk Seri boleh tampil beri penjelasan. -CARI
|
umbut replied at 22-4-2020 04:34 PM
Jap lagi...org malaysia memang suka cari salah saya apa salah saya.... kenapa awak
ADVERTISEMENT