CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara Kerana Tampar Anak Tak Nak Buat Semakan Duit Bantuan

13-4-2020 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4844| Komen: 41

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap lelaki berusia 41 tahun selepas mengaku bersalah menampar dua anaknya hingga cedera.

Sinar Harian melaporkan, tertuduh membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa, semalam.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak sulungnya berusia 17 tahun jam 1 petang pada 3 Mac lalu dan anak bongsunya, 4, kira-kira jam 2 petang pada 26 Mac lalu.

Difahamkan, perbuatannya itu dilakukan selepas tertuduh berang anak sulungnya enggan membuat semakan sama ada wang bantuan sudah diterima atau belum.


Gambar hiasan

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Menurut laporan, tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan iaitu selaras senapang angin sepanjang lebih 1 meter di dalam rumahnya pada jam 9 malam, 3 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.


Kredit foto: Sinar Harian

Majistret Nordiana Abd Aziz kemudian menjatuhkan hukuman enam bulan penjara bagi setiap tiga pertuduhan yang dijalankan serentak. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 13-4-2020 02:23 PM
Check jer lah sendiri yang gi tangankan anak buat apa kalau tak tahu cara sila bertanya
Quote Covid19 13-4-2020 02:25 PM
Nanti dia keluar penjara lagi bahaya wei.. hbs dicarinya anak2 sbb jadi punca dia masuk penjara..ni kalau tak insaf le..
Quote GigaMom 13-4-2020 02:36 PM
Siapa yg lapor ni.
Anak dh 17 thn,mak bapak if cari pasal ngan anak2 yg baik masa ni mmg rugi
Anak rugi mak ayah rugi
Lagi2 kalau masing2 simpan dendam
Quote Tinot7 13-4-2020 02:39 PM
Anak tu utk dijaga, bkn utk lepaskan geram.. apa daa
Quote sarah82 13-4-2020 02:55 PM
Aku rasa.. Bewak
Quote any42 13-4-2020 03:04 PM
nape ank xmau ikut ape yg ayah suruh. agknya ni mesti takut duit ayh bt guna utk bnda mngarut kot. bdk 4 tahun pun sanggup di tgn2 kn sah2 la bapak tu mmg something wrong smewhere smpai ank pun xmau ikut arahan.
Quote budaktua 13-4-2020 03:09 PM
nok cek sendiri tokreti....

tganung bloh mane pulok ni..?
Quote Jorja 13-4-2020 04:04 PM
Jenis bapak suka meminta duit anak
Quote ninja boy 13-4-2020 04:13 PM
Tipikal lelaki melayu juara hal2 negatif
Quote matchstick 13-4-2020 04:28 PM
Buta huruf ke x reti cek sendiri. Baru umur 41..kalau kategori warga emas yg dh nk reput aku paham la jgk
Quote nowhite 13-4-2020 04:55 PM
Lps 6 bulan nnt mcm mana anak2 dia nak hadap dia..seram
Quote Sham143 13-4-2020 05:28 PM
Edited by Sham143 at 13-4-2020 05:44 PM

Kebanyakan melayu belah2 hulu kampung mentaliti mcm ni la.. Bila marah anak yg jadi mangsa.. Bila dh tua nanti anak buat tk tahu.. lepas tu heboh kat media anak tk kenang jasa la, anak derhaka la..dia punya zalim kat anak2 langsung tk ingat.. Haram jadah punya bapak..
Quote Pixie902 13-4-2020 06:13 PM
Yang bapaknya kenapa pendek akal.

Ni bukan nak membela si bapak sbb baran...tapi anaknya tu kenapa tak mau tolong cekkan bantuan bpn...agaknya bapak buta IT...kalau dah arahan bapak tu bukan benda tak baik, ikutkan jer la...ni dah kena tampar dua beradik, bapak pulak kena penjara...satu keluarga susah...
Quote capiloton 13-4-2020 06:51 PM
mesti bini nya dah biasa makan pelempang.
berita2 gini mesti negeri "kepelikang tanpa batasang" yang jadi juara.
Quote Fieza-mira 13-4-2020 07:13 PM
"Sinar Harian melaporkan, tertuduh membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa, semalam."

Kalau dah pakai jurubahasa tu bukan melayu lah tu cuma tak tahu bangsa apa.

Forumer kat sini baca tajuk jer terus komen....tak pasal2 melayu yang kena ratib...ntah apa2 lah
Quote sarahmirza 13-4-2020 07:21 PM
Fieza-mira replied at 13-4-2020 07:13 PM
"Sinar Harian melaporkan, tertuduh membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa ...

Belah2 pantai timur tak hairan la melayu tak faham bahasa melayu.. depa cakap ikan pun tak betul... so apa hairannya..
Quote DayangKirana 13-4-2020 08:50 PM
Fieza-mira replied at 13-4-2020 07:13 PM
"Sinar Harian melaporkan, tertuduh membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa ...

tak jugak...sebab dia jenis cakap berloghat. benda ni normal especialy belah2 sana yang pekat loghat dia.
sekali masuk mahkamah, guna bahasa melayu pakai plak term law..opkos la kena ada jurubahasa.
Quote Carcosa 13-4-2020 09:08 PM
17 tahun tu, kau hangin sebab dia tak chk kan BPN kau dah masuk ke belum.
Habis, yg 4 tahun tu, kau hangin kat dia dah knp? Takkan budak sekecik tu, tau nk chk BPN ko??
Hanjing punya bapak
Quote karlmax8 14-4-2020 02:07 AM
Edited by karlmax8 at 15-11-2024 05:13 PM

....

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.369925 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top