CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Di Korea Utara Subur Sebab Guna Mayat Sebagai Baja?

1-4-2020 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4238| Komen: 15

Korea Utara didakwa menggunakan mayat tahanan politik sebagai baja tanaman yang dikatakan diguna pakai di seluruh negara itu termasuk di kawasan pergunungan.

Pun begitu, kaedah itu dikatakan berjaya menghasilkan hasil tanaman yang luar biasa banyaknya, baru-baru ini.


Memetik Mirror, dakwaan itu dibuat bekas tahanan dari kem tahanan Kaechon.


Foto: Mirror/Pen News/DigitalGlobe

Menggunakan nama samaran Kim Il-soon, dia berkata; "Tanah menjadi begitu subur dan membuahkan hasil pertanian yang sangat memberangsangkan kerana mayat yang ditanam berfungsi sebagai baja semula jadi."

"Mereka juga menanam mayat di gunung dan ada suatu ketika di mana seorang kanak-kanak sedang membuang air kecil ternampak tangan terkeluar kerana mereka terlupa menimbusnya dengan baik," katanya.

Difahamkan, wanita itu membuat pendedahan berkenaan kepada Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Korea Utara (HRNK).



Foto: Mirror/Pen News/DigitalGlobe

Bagi menyokong dakwaan Kim itu, HRNK memaklumkan setakat ini tiada testimoni jelas menyebut ada krematorium disediakan di kem berkenaan.

Malah, imej satelit juga tidak menunjukkan sebarang kemudahan seumpamanya di situ.


Foto: the Independent

Pengarah Eksekutifnya, Greg Scarlatoiu berkata; "ketika dunia sedang berjuang menghadapi krisis COVID-19, rejim Kim Jong-un terus melakukan kejahatan terhadap manusia dan membunuh rakyatnya sendiri." - CARI

Bagus
3

Marah
3

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 1-4-2020 04:38 PM
Apa perasaan isteri dia ?

Quote Rahah 1-4-2020 06:25 PM
Gelinya bila tau dia guna baja mayat...
Quote ninnamina 1-4-2020 06:40 PM
Sejak tengok cerita crash landing u, banyak plak perkara aku tau tentang NK.
Lepastu FB plak macam tau2 je ada je video popup sponsor pasal NK ni..
Quote syadq 1-4-2020 07:28 PM
Tunjuk la gambar tanah yang subur tu.
Quote dudaberhias 1-4-2020 07:42 PM
wah not bad, jangan kena famine balik dah ler
Quote sharlenetexas 1-4-2020 07:43 PM
Nak tengok pokok2 yg kata subur sangat tu.
Quote Tinot7 1-4-2020 08:04 PM
Selama ni iols ingatkan tanah subur sbb ada yakyak
Quote any42 1-4-2020 08:12 PM
bau mcm mna la sekitar tu
Quote naina 1-4-2020 08:16 PM
tanam begitu shj ke mayat2 tu? bangkai kot bukan najis yg boleh buat baja..kuat bau mayat manusia ni
Quote biozipstar 2-4-2020 01:35 PM
euiii. baja percuma ke mcm mana?
Quote nowhite 13-4-2020 08:13 PM
Sanggup makan hasil baja mayat..euwww..tp tgk pokok bunga dgn pokok mangga dekat area kubur suburrrr naww..tp x sanggup nak makan
Quote Forfoxache 13-4-2020 08:19 PM
Ni namanya “composting” aku ajar ko.

Google la. Tapi kalau guna mayat lagi baik kalau kita tgk contoh NK buat.

The things you learn from me for free.
Quote nefnefnef 13-4-2020 09:02 PM
Gulp... For real?
Quote ajimunchkin 13-4-2020 09:08 PM
So ikut teori gitu.. tanah prkuburan kita sepatutnya tanah subur la kan??
Quote TravellingBear 13-4-2020 09:09 PM
Edited by TravellingBear at 13-4-2020 09:16 PM

Dekat kulai, johor, ada kebun durian dekat kubur cina... kubur cina tu atas bukit... kebun durian kat lerwng bukit...mmg durian tu laris sbb sedap katanya...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.042550 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top