Korea Utara didakwa menggunakan mayat tahanan politik sebagai baja tanaman yang dikatakan diguna pakai di seluruh negara itu termasuk di kawasan pergunungan.
Pun begitu, kaedah itu dikatakan berjaya menghasilkan hasil tanaman yang luar biasa banyaknya, baru-baru ini.
Memetik Mirror, dakwaan itu dibuat bekas tahanan dari kem tahanan Kaechon.
Foto: Mirror/Pen News/DigitalGlobe
Menggunakan nama samaran Kim Il-soon, dia berkata; "Tanah menjadi begitu subur dan membuahkan hasil pertanian yang sangat memberangsangkan kerana mayat yang ditanam berfungsi sebagai baja semula jadi."
"Mereka juga menanam mayat di gunung dan ada suatu ketika di mana seorang kanak-kanak sedang membuang air kecil ternampak tangan terkeluar kerana mereka terlupa menimbusnya dengan baik," katanya.
Difahamkan, wanita itu membuat pendedahan berkenaan kepada Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Korea Utara (HRNK).
Foto: Mirror/Pen News/DigitalGlobe
Bagi menyokong dakwaan Kim itu, HRNK memaklumkan setakat ini tiada testimoni jelas menyebut ada krematorium disediakan di kem berkenaan.
Malah, imej satelit juga tidak menunjukkan sebarang kemudahan seumpamanya di situ.
Foto: the Independent
Pengarah Eksekutifnya, Greg Scarlatoiu berkata; "ketika dunia sedang berjuang menghadapi krisis COVID-19, rejim Kim Jong-un terus melakukan kejahatan terhadap manusia dan membunuh rakyatnya sendiri." - CARI |