Penghujung Mac lalu, pelawak dan penyanyi Achey Bocey berkongsikan kesedihan ahli keluarganya yang berada di barisan hadapan dalam usaha mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di negara ini. Menerusi Instagramnya, Achey mendedahkan birasnya bekerja sebagai anggota polis, manakala tiga iparnya pula bertugas dalam bidang kesihatan. Beliau sangat sedih dengan sikap sesetengah masyarakat yang sering mencabar tugas anggota polis dan bersikap seolah-olah tidak menghargai kakitangan kesihatan. "Tengok gambar kakak saya Rashidah dan Kak Mastura ni, automatik air mata jatuh. Bayangkan 18 jam dengan baju tugasan begini, itu pakai je. Diorang siap bertugas dan tugasan mereka sekarang bukan macam biasa dah berlipat ganda," tulisnya panjang lebar. Foto tersebut dikongsikan sebagai ingatan doa atas khidmat dan tenaga yang telah dicurahkan. Achey juga mengharapkan individu yang mempunyai gejala Covid-19 tidak berahsia dengan pihak kesihatan dan sentiasa mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.
|
bulalof: proses menyucikan dosa dan mengumpul likes sedang berlaku...
ADVERTISEMENT