CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Permohonan Lulus, Aliff Syukri Harap Proses Penceraian Dipercepatkan?

3-4-2020 09:22 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 40415| Komen: 282|Original author: Oleh: Straya

Description: Kemelut rumah tangga usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida kembali hangat diperkatakan apabila tersebar status Instastory Aliff Syukri yang menunjukkan surat permohonan cerai dar ...

Foto kredit: Kartel Dakwah

Kemelut rumah tangga usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida kembali hangat diperkatakan apabila tersebar status Instastory Aliff Syukri beberapa hari lalu menunjukkan surat permohonan cerai dari isterinya. 

'Permohonan diluluskan. Cepatlah masa berlalu supaya jangan lagi banyak benda yang buat saya malu'.


Status ini memberi gambaran bahawa satu persetujuan telah dicapai yang membabitkan status rumahtangganya. Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut apabila dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp dan cuma membalas pertanyaan dengan emoji sedih. 


Kredit: Instagram aliffsyukriterlajaklaris


Menurut portal berita itu, kelmarin, sumber terdekat usahawan berkenaan memberitahu yang perbicaraan perceraian mereka akan didengar selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 


Sumber itu turut memaklumkan sudah tiga kali Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibuat, tetapi gagal menemui jalan penyelesaian. Aliff Syukri juga dikatakan terkejut apabila mendapat tahu isterinya memfailkan permohonan cerai.



Aliff Syukri turut memuat naik status sedih memberitahu bahawa cabaran perlu dihadapi dengan sabar dan tenang walau kasih sayang yang diberi itu tidak dihargai.


Pasangan ini dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. Melalui video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan Aliff Syukri sering berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur.


Pasangan ini berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima anak serta menjaga seorang anak angkat.


Rumah tangga pasangan ini mula diperkatakan goyah apabila Datuk Seri Aliff Syukri tidak lagi mengikuti Datin Seri Nur Shahida di laman IG hingga mengundang perlbagai andaian orang ramai. 


Moga semuanya dipermudahkan dan Datuk dan Datin menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka. - CARI

3

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nad014 3-4-2020 09:30 AM
kawan lagi dengan geng arbok
Quote makadek 3-4-2020 09:30 AM
Allah bayar cash... Sbb mulut puaka dia ... Padan mukaaa.siapa je sanggup nk tahan dgn perangai dajey dia ni...berlagak betul ada 1 video dia hentam nitezen tentang zakat
Quote Kurex 3-4-2020 09:37 AM
Senang la nak beranak ikan lepas ni kan syukriah....
Quote b_n_c 3-4-2020 09:39 AM
klu aku jd datin syahida pun aku x tahan...
klu dpt income sebulan 5k pun cukuplah buat bekal hidup n blah dr suami mcm ni...tenanggggg
Quote kakyungpilah85 3-4-2020 09:40 AM
Kalau dah banyak kali ko wat kesalahan yg sama bini mana nak tahan lagi.. Lantak laa rete ko 20 keturunan xabis makan pon.. Kalau dah bengap, bengap jugak
Quote beta_carotene 3-4-2020 09:47 AM
setlekan lah elok2 proses cerai ni. jgn smpai affect anak2.

yg penting, hak penjagaan setiap anak2 mesti dapat kat datin.
sebab kri ni ada suicidal tendency n ada history domestic abuse.
Quote tagas 3-4-2020 10:35 AM
ni bahana nya bila setiap sisi kehidupan nak di tayang pd public

demi mengaut keuntungan rezki yg tak berkat bg anak bini mkn

akhir nya kecundang dek agenda halus

ciptaan yahudi (utube,fb,insta,twiter)
Quote shahreen 3-4-2020 10:41 AM
b_n_c replied at 3-4-2020 09:39 AM
klu aku jd datin syahida pun aku x tahan...
klu dpt income sebulan 5k pun cukuplah buat bekal hidup ...

Anak ramai sis. 5k utk menten datin sorg boleh la. Kalau anak2 kena mtk nafkah asing tu huhu
Quote Budakmomok 3-4-2020 10:45 AM
Dugaan kehidupan
Quote cikgojesss 3-4-2020 10:48 AM
semoga pondan arbok ni terciduk sampai ilang semua reta.. hidup tak bongkak sehari tak sah.. dah lah bodoh tongong
Quote tikusmontok 3-4-2020 10:52 AM
Aman sikit dunia maya buat masa ni...hrp2 lepas semua selesai nnt jgnlah semakin menjadi2 pulak dia merempan.
Quote nishikido 3-4-2020 10:54 AM
Perempuan mana yang tahan..bini tengah pantang laki dok kulu kilir dengan pondan,bukan nak tolong jaga bini dan baby baru..ingat campak duit dah cukup??belum lagi perangai yang asyik nak menang dan sah2 tak boleh bawak berbincang..baik angkat kaki.jaga anak sorang2 lagi aman..yang penting cukup bulan duit masuk..
Quote Fazzbulous 3-4-2020 10:58 AM
alip alip..berubah la..ko tak rasa apa2 ke bila ko dah hilang kluarga??
Quote sofyayra 3-4-2020 11:00 AM
Dah jauh dah nampak dia ni. Bukan ke bondanya kata datin pilihan bonda, seelok2 menantu, anak pun dah 5 orang.
Quote trexxxxxi 3-4-2020 11:05 AM
Tazkiah in advance
Harap sepakat la bab nafkah anak bagai ye. Anak ramai tu. Jangan nanti lebihkan anak ikan
Quote syadq 3-4-2020 11:42 AM
I speku lagi banyak drama lepas cerai.
Quote mizkajura 3-4-2020 11:42 AM
Tgk je, kit mkn popkon sama2. Adakah dia bkl muflis sbb netizen benci.
Quote mizkajura 3-4-2020 11:42 AM
Ke dia nk kawin ngan abam jat Hahahaha
Quote Rogue98 3-4-2020 11:46 AM
Kahwin jer lah dgn Sajat tu. Datin Shidah pun dah x tahan makin menjadi2 perangai giler sampai anak2 pun kena dera saikologi n fizikal. Kau buat ameena camtu mentang2 budak tu kecik lagi kau ingat boleh lepas ke.

Lihat semua komen(282)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.075311 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top