CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Hospital Suruh Bawa Pulang Kerana Covid-19" - Isteri Jibob Mohon Bantuan

3-4-2020 10:50 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 20126| Komen: 127|Original author: Oleh: ctcheery

Description: Pada 5 Mac lalu, Jibob atau nama sebenarnya, Mohd Hamizi Hashim dilaporkan terjatuh di dalam bilik air rumahnya akibat angin ahmar sekitar jam 1 pagi.

Pada 5 Mac lalu, pelawak Jibob atau nama sebenarnya, Mohd Hamizi Hashim dilaporkan terjatuh di dalam bilik air rumahnya akibat angin ahmar sekitar jam 1 pagi.


Difahamkan, dia yang disahkan mengalami pendarahan dalam otak kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang dan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan.



Loading FB Post...


Selepas dua minggu menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian kepala, keadaan Jibob kini masih dalam keadaan separa sedar.



Kredit foto: Instagram Jibob 


Menurut isteri Jibob, Siti Aisyah Wahiddin, suaminya boleh dibawa pulang ke rumah dalam beberapa hari lagi kerana penularan COVID-19 yang semakin meruncing.


"Mungkin suami boleh keluar hospital dalam minggu ini. HKL sebolehnya mahu melepaskan pesakit dan saya disuruh untuk membawa suami pulang memandangkan penularan COVID-19 kini semakin meruncing.


"Bagaimanapun, saya masih mencari bantuan kelengkapan untuknya di rumah seperti tilam angin, kerusi roda, katil pesakit, mesin sedut kahak dan keperluan pesakit strok. Risau jugak dengan risiko yang saya perlu tanggung, apatah lagi saya tidak mempunyai pengalaman menguruskan pesakit," tuturnya kepada Myartis.



Kredit foto: Facebook BG Zam Parut


Selain kelengkapan rawatan suaminya, Aisyah turut bimbangkan perbelanjaan suaminya. Jadi, dia menerima apa sahaja jenis sumbangan, sama ada dalam bentuk wang, keperluan atau kelengkapan hospital.


"Mahu atau tidak, saya kena cari jalan lain tetapi tetap bersyukur dan berterima kasih kepada yang telah menghulurkan sumbangan. Sumbangan inilah yang saya gunakan untuk membeli susu yang mana kosnya mencecah RM50 sehari. Suami tidak boleh makan kerana lehernya ditebuk untuk bantuan pernafasan, jadi dia bergantung pada susu sahaja," ujarnya.


Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank isterinya seperti dikongsikan sahabat beliau di Facebook BG Zam Parut.



Loading FB Post...


Kredit foto: Instagram Jibob


Dalam kerjaya seninya, Jibob pernah membintangi filem Halim Munan, Strawberi Cinta, dan Operasi X serta drama seperti Nasi Minyak Kuah Cinta dan Bila Hati Berbisik. 


Hasil perkahwinan, Jibob dan pasangan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Humairah. - CARI


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 3-4-2020 11:14 AM
Kesiannya...
Artis artis yang high iq dan eq
Tolong lah rakan seperjuangan uols
Alisusun..tolong susun susunkan bantuan ni k...


Kita sama sama derma serba sedikit
Susu mmg mahal...
Quote sarah82 3-4-2020 11:14 AM
Edited by sarah82 at 3-4-2020 03:50 PM

Dia beli tin 400 gm mmg kos sehari 50……dia kena beli 800gm dpt guna 2  hari.. Jadi seminggu hanya 3 tin.. Situ dah boleh jimat. Pampers jgn guna tena.. Mahai. Beli yg repack jenama Popoku.. Dlm rm13 utk 10 keping.
Quote doubleA 3-4-2020 11:18 AM
Walaupun iols tak kenal, iols doakan cepat sembuh. Memang mencabar jaga orang sakit lagi2 di awal2, tapi boleh sembuh tu strok
Quote mieymiey 3-4-2020 11:28 AM
Semoga dipermudahkan semuanya.
Quote Suchi 3-4-2020 11:32 AM
sarah82 replied at 3-4-2020 11:14 AM
Dia beli tin 400 gm mmg kos sehari 50……dia kena beli 800gm dpt guna 2  hari.. Jadi seminggu hanya  ...

Pi la sarah pm ka bini dia kasi tips kat mana nk cari brg2 muroh ni.
Susu ensure tu mmg mahal gilaaa kan
Arwah kak ipar iols pun minum susu tu.RM80 lebih kan tak silap setin tu.
Quote dudaberhias 3-4-2020 11:33 AM
semoga cepat sembuh,
mana seniman2?
orang macamni la yang betul2 patut di bantu
bukannya orang yang pakai alphard mahupun porsche.
Quote dudaberhias 3-4-2020 11:33 AM
kalau anjoulie nampak berita ni confirm dia akan share.
seniman pulak buat2 tak nampak.
Quote Suchi 3-4-2020 11:37 AM
doubleA replied at 3-4-2020 11:18 AM
Walaupun iols tak kenal, iols doakan cepat sembuh. Memang mencabar jaga orang sakit lagi2 di awal2,  ...

Mmg mencabar, iols penah tgk seseorang menangis sbb terlalu penat mental fizikal.Tiba2 lak tu dia nangis.
Dia jaga org sakit laa jaga arwah kak dia.
Semoga Allah kurniakan pahala yg berlipat ganda buat dia sbb bukan mudah nk jaga org sakit lebih2 lagi bila bekerja maka tiap kali masuk sepital dia amik cuti utk jaga kt wad sampai abis cuti sbb tiap bulan masuk wad hinggakan meninggal pun di sisi dia juga di sepital.
Quote spenderterselit 3-4-2020 11:37 AM
Ya Allah kesiannya
Quote Lorra2411 3-4-2020 11:41 AM
Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga Jibob ni
Quote Acikgomen 3-4-2020 11:48 AM
sarah82 replied at 3-4-2020 11:14 AM
Dia beli tin 400 gm mmg kos sehari 50……dia kena beli 800gm dpt guna 2  hari.. Jadi seminggu hanya  ...

Baik hang pi pm dia Sarah. Habaq hang ni sapedia, sekadar nak bagi tips mcmana nak jaga ja yg hang mampu
Quote sarah82 3-4-2020 11:50 AM
Acikgomen replied at 3-4-2020 03:48 PM
Baik hang pi pm dia Sarah. Habaq hang ni sapedia, sekadar nak bagi tips mcmana nak jaga ja yg hang ...

Kot ada yg baca.. Boleh tlg update dia.. Boh tips sini sebab ramai yg baca
Quote sarah82 3-4-2020 11:51 AM
Suchi replied at 3-4-2020 03:32 PM
Pi la sarah pm ka bini dia kasi tips kat mana nk cari brg2 muroh ni.
Susu ensure tu mmg mahal gil ...

Sapa2 boleh tlg pm dia.. Tak jumpa no phone dia.. Huhu..
Quote Acikgomen 3-4-2020 11:57 AM
sarah82 replied at 3-4-2020 11:50 AM
Kot ada yg baca.. Boleh tlg update dia.. Boh tips sini sebab ramai yg baca

Hang segan habaq je la segan
Anak cucu tok sayang hang tak balik menempel ke musim2 pkp ni
Quote Minami2013 3-4-2020 12:04 PM
Jaga family yg kena stroke mmg challenging.. physically and mentally sbb dari segi emosi depa pun tk stabil.. ada yg jadi penangis, pemarah etc... moga dipermudahkan urusan..
Quote luluaurora 3-4-2020 12:04 PM
moga diberi kesembuhan
dipermudahkan semua urusan
Quote Suchi 3-4-2020 12:05 PM
sarah82 replied at 3-4-2020 11:51 AM
Sapa2 boleh tlg pm dia.. Tak jumpa no phone dia.. Huhu..

Cer tanya org yg screenshot wassap tu tak pun kena cari ig bini dia la kan.
Ade no acc je tu no tel mmg xnampak.
Kos susu saja dah 1000 sebulan.
Quote Suchi 3-4-2020 12:07 PM
Kat fb BG Zam Parut tu pun ade yg minta no contact wife Jibob ni
Quote Suchi 3-4-2020 12:11 PM
sarah82 replied at 3-4-2020 11:51 AM
Sapa2 boleh tlg pm dia.. Tak jumpa no phone dia.. Huhu..

Uols cek komen2 kat fb BG Zam Parut tu dia ade buh no tepon bini jibob ni.
Sbb dia ade minta tolong ngn achey pastu achey minta no telefon wife ni so dia ade tunjuk screenshot tu.

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.088222 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top