Lelaki dari Cornwall, England hampir mati gara-gara bertih jagung. Kejadian bermula apabila Adam Martin cuba mengeluarkan bertih jagung yang terselit di giginya. Memetik Metro.co.uk, lelaki berusia 41 tahun itu dikatakan mengalami jangkitan yang hampir mengancam nyawa selepas menggunakan pelbagai alatan seperti penutup pen, pencungkil gigi, wayar dan juga paku besi untuk mencungkil bertih jagung berkenaan. Gara-gara perbuatannya itu, jangkitan telah berlaku pada gusinya sehingga merebak melalui saluran darah ke jantung hingga menyebabkannya mengalami jangkitan kuman endocarditis. Oleh itu, dia terpaksa menjalani pembedahan jantung terbuka. Tanda-tanda endocarditis
Bertih jagung itu dikatakan tersangkut pada giginya pada September tahun lalu sebelum dia mula mengalami tanda-tanda jangkitan seperti berpeluh-peluh ketika malam, keletihan dan sakit kepala selepas seminggu. Menjelang Oktober, dia pergi ke hospital selepas gejalanya masih tidak baik, di mana doktor mendapati jantungnya rosak akibat jangkitan. "Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, saya banyak tidur dan tubuh berasa sangat tidak selesa. "Saya juga mengalami kesakitan pada kaki. Selepas diperiksa, saya dimasukkan ke hospital pada hari sama untuk menjalani ujian," katanya. Mujurlah, doktor dapat menyelamatkan Adam Martin. Dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang darah beku dalam saluran darah kakinya serta menggantikan injap jantung. Sementara itu, dalam laporan media lain seperti ndtv dan dailymail, Martin meluahkan rasa syukur kerana masih hidup dan pengalamannya itu membuatkan dia serik untuk makan bertih jagung lagi. - CARI
|
shernazz replied at 9-1-2020 10:58 AM
Choi
Iols ingat makhluk asing mana la
Rupanya popcorn
yeepi_33 replied at 9-1-2020 11:30 AM
seram lagi tgk pic popcorn.
emm.
zuuu replied at 9-1-2020 11:23 AM
Bmula dari popcorn yg stuck kt gigi sampai kena wat operation sebab jangkitan kuman...gila x fobia,k ...
fliphair8 replied at 9-1-2020 11:29 AM
makan kepok lekor yer poromers sekalian...#bmf gituh, bantulah usahanita ganu sebab laki demo bewak. ...
Melur1 replied at 9-1-2020 12:09 PM
jangkitan sebab popcorn ke sebab gunakan benda aneh2 utk buang popcorn tu
umbut replied at 9-1-2020 12:11 PM
Seram... kadang terselit... x jaga leh wat jangkitan.. ada org kena kanser permulaan dengan gusi sak ...
noor2 replied at 9-1-2020 12:20 PM
Bertih jagung juga yg salah. ...
Archaiv replied at 9-1-2020 12:21 PM
Terima kasih sebab sudi baca.
Biabetik replied at 9-1-2020 12:37 PM
Peringatan tuk poromer2 yg gemar mkn popcorn kalau ada berita panas
ADVERTISEMENT