Sumber foto : Metro.uk Adam in hospital (Picture: SWNS)
Lelaki dari Cornwall, England hampir mati gara-gara bertih jagung. Kejadian bermula apabila Adam Martin cuba mengeluarkan bertih jagung yang terselit di giginya.
Memetik Metro.co.uk, lelaki berusia 41 tahun itu dikatakan mengalami jangkitan yang hampir mengancam nyawa selepas menggunakan pelbagai alatan seperti penutup pen, pencungkil gigi, wayar dan juga paku besi untuk mencungkil bertih jagung berkenaan.
Gara-gara perbuatannya itu, jangkitan telah berlaku pada gusinya sehingga merebak melalui saluran darah ke jantung hingga menyebabkannya mengalami jangkitan kuman endocarditis. Oleh itu, dia terpaksa menjalani pembedahan jantung terbuka.
Tanda-tanda endocarditis
Bertih jagung itu dikatakan tersangkut pada giginya pada September tahun lalu sebelum dia mula mengalami tanda-tanda jangkitan seperti berpeluh-peluh ketika malam, keletihan dan sakit kepala selepas seminggu.
Menjelang Oktober, dia pergi ke hospital selepas gejalanya masih tidak baik, di mana doktor mendapati jantungnya rosak akibat jangkitan.
"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, saya banyak tidur dan tubuh berasa sangat tidak selesa.
"Saya juga mengalami kesakitan pada kaki. Selepas diperiksa, saya dimasukkan ke hospital pada hari sama untuk menjalani ujian," katanya.
Mujurlah, doktor dapat menyelamatkan Adam Martin. Dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang darah beku dalam saluran darah kakinya serta menggantikan injap jantung.
Gambar hiasan
Gambar hiasan
Sementara itu, dalam laporan media lain seperti ndtv dan dailymail, Martin meluahkan rasa syukur kerana masih hidup dan pengalamannya itu membuatkan dia serik untuk makan bertih jagung lagi. - CARI |