Pelakon terkenal Yatt Hamzah telah selamat melahirkan anak ke-4 pada 30 Disember lalu. Dia yang dalam berpantang sempat berkongsikan gambar anaknya itu di Instagram. Meraka suami isteri mengambil keputusan menamakan puteri mereka, Suci Hawa Zulaikha, sempena nama isteri Nabi Adam dan Nabi Yusof.
"Sempena mengambil keberkatan sunnah menamakan anak pada hari ke-7, bonda dengan rendah hati berkongsi nama puteri keempat yang hari ini genap lapan hari usianya iaitu Suci Hawa Zulaikha Mohammad Zulfadhli. "Nama yang baik bersempena dengan nama "ibu" kita semua iaitu Hawa isteri Nabi Adam, juga nama yang dikatakan isteri Nabi Yusof iaitu Zulaikha. Suci pula membawa maksud kudus, bersih, harum dan baik juga bersamaan dengan nama awal ketiga-tiga kakaknya," tulisnya di instagram.
Yatt juga sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat dan suaminya yang sanggup menangguhkan misi bantuan ke Syria demi menantikan kelahiran bayi mereka.
|
ADVERTISEMENT