Gara-gara mahu menghilangkan rasa mengantuk, remaja lelaki berusia 13 tahun di China mengambil langkah drastik hingga memudaratkan diri sendiri. Memetik Shanghaiist, remaja terbabit mengambil sebatang jarum akupuntur neneknya dan memasukkannya ke dalam kemaluannya ketika mengulangkaji pelajaran. Difahamkan, ibunya kemudian berasa pelik melihat anaknya mengalami kesukaran ketika berjalan sebelum remaja berkenaan mengaku memasukkan jarum sepanjang 10 sentimeter itu ke dalam saluran kencingnya. Doktor bagaimanapun memaklumkan remaja itu terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan objek berkenaan kerana dia berdepan risiko terkena jangkitan kuman dan membuat keadaan bertambah parah sekiranya ditarik keluar begitu saja. Pembedahan itu memakan masa dua jam sebelum doktor berjaya mengeluarkan jarum berkenaan dari saluran kencingnya. - CARI
|
susukambingbest replied at 31-7-2019 01:12 PM
Yer la tu sbb nk study
Dwdrum replied at 31-7-2019 03:02 PM
education system di china dan korea memang azab ....ujian gaokao if not mistaken memang susah sangat ...
ADVERTISEMENT