Gara-gara mahu menghilangkan rasa mengantuk, remaja lelaki berusia 13 tahun di China mengambil langkah drastik hingga memudaratkan diri sendiri.
Kredit foto: Shanghaiist
Memetik Shanghaiist, remaja terbabit mengambil sebatang jarum akupuntur neneknya dan memasukkannya ke dalam kemaluannya ketika mengulangkaji pelajaran.
Difahamkan, ibunya kemudian berasa pelik melihat anaknya mengalami kesukaran ketika berjalan sebelum remaja berkenaan mengaku memasukkan jarum sepanjang 10 sentimeter itu ke dalam saluran kencingnya.
Kredit foto: Mirror/AsiaWire
Doktor bagaimanapun memaklumkan remaja itu terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan objek berkenaan kerana dia berdepan risiko terkena jangkitan kuman dan membuat keadaan bertambah parah sekiranya ditarik keluar begitu saja.
Kredit foto: Shanghaiist
Kredit foto: Mirror/AsiaWire
Pembedahan itu memakan masa dua jam sebelum doktor berjaya mengeluarkan jarum berkenaan dari saluran kencingnya. - CARI |