60 bekas pekerja sebuah kilang di Bandar Seri Alam merintih nasib menunggu bayaran tunggakan gaji sejak 17 tahun lalu. Memetik Harian Metro, Ramli Warith, 52, antara 60 bekas pekerja terbabit mendakwa 17 tahun mereka menunggu bayaran tunggakan gaji.
Difahamkan, Ramli yang mula bekerja di syarikat berkenaan sejak 1988 hingga 2002 masih belum menerima tuntutan gaji yang keseluruhannya berjumlah RM195,631. Katanya, bekas majikan mula berdepan masalah pembayaran gaji pekerja pada 2001. Berikutan itu, 60 pekerja yang terjejas mengadu mengenai masalah tunggakan bayaran gaji kepada Pejabat Tenaga Kerja Johor. “Pada 20 November 2002, Pejabat Tenaga Kerja memutuskan dan mengeluarkan arahan supaya syarikat itu membayar gaji dan elaun 60 pekerja yang tertunggak berjumlah RM195,631 menerusi arahan Penolong Pengarah Buruh Kanan.
“Malangnya sehingga kini kami tidak menerima bayaran berkenaan menyebabkan kebanyakan daripada kami membuat laporan polis selain mengadu kepada Jabatan Insolvensi Malaysia,” katanya. Pada 2007, Ramli membuat laporan polis di Balai Polis Kota Tinggi berikutan tidak menerima tuntutan gaji sebanyak RM9,000. Lebih 10 kali berulang-alik dalam usaha menuntut tunggakan gaji, namun tiada maklum balas memuaskan daripada pihak Pejabat Tenaga Kerja. “Pejabat Tenaga Kerja menyatakan perintah pembayaran sudah dikeluarkan dan ia menjadi tanggungjawab majikan untuk menyelesaikan masalah itu. “Kebanyakan daripada kami kurang berpelajaran dan tidak tahu saluran bagi menuntut hak dan pembelaan kerana bekas majikan masih tidak membayar gaji kami,” katanya. Lebih terkilan apabila tiga rakannya yang bekerja di kilang sama sudah meninggal dunia tanpa menerima tunggakan gaji mereka. “Walaupun mereka sudah tiada, hasil titik peluh mereka seharusnya dibayar kepada keluarga dan saya berharap pihak berkaitan bertindak sewajarnya membantu kami. “Kami sedar kilang berkenaan masih beroperasi, namun sudah diubah nama syarikatnya. “Ada antara kami yang sudah berusia 70-an dan dimamah usia. Kami tidak pasti sehingga bila berdaya untuk menanti bayaran tunggakan gaji itu,” rayunya. - CARI
|
prettyuglybabe replied at 31-7-2019 12:10 PM
ada lagi ke company tu masalahnya?
Simunggu replied at 31-7-2019 11:43 AM
kenapa baru skg bangkitkan...???
Simunggu replied at 31-7-2019 11:43 AM
kenapa baru skg bangkitkan...???
RED 666 replied at 31-7-2019 07:46 AM
17 hidup tanpa gaji cmna diorg sara hidup ya
cikatilia replied at 31-7-2019 11:14 AM
mak aii lama gila menunggu
sebulan dua pon dah meroyan wei
ADVERTISEMENT