CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ingat Kami Tak Ada Kerja Lain Ke?"- Ketua Polis Negara Maki Video Atas Katil 'Menteri'

22-7-2019 09:53 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 6371| Komen: 10|Original author: Oleh: HakirRahman

Selepas negara digemparkan dengan penyebaran video lucah didakwa membabitkan seorang menteri, polis pun terpaksa melakukan siasatan. 


Tapi, rupa-rupanya ia tidak disenangi Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang menyifatkannya sebagai "perkara remeh dan buang masa". 


SKANDAL VIDEO LUCAH MENTERI
FOTO: GOOGLE

Dilaporkan Free Malaysia Today, Hamid berkata "anak buahnya banyak kerja lain, tapi dibebankan dengan perkara remeh begini." 


"Anak buah saya perlukan masa untuk kami beri tumpuan dalam soal integriti dan kualiti servis kepada orang ramai. Lepas itu, saya dibebankan dengan perkara remah yang mengaibkan.

"Ada yang memberi komen mempunyai latar belakang undang-undang, tetapi keluarkan kenyataan yang tidak setimpal dengan kelulusan. Saya terkilan banyak masa anak buah saya terbuang dengan perbuatan sia-sia," katanya.


NAK BERPOLITIK JANGAN SAMPAI SUSAHKAN ORANG!
FOTO: GOOGLE

Hamid juga berkata, orang politik banyak membuang masa dan berpolitik sampai menyusahkan orang. 

"Tekanan diberikan semakin hari semakin meningkat. Saya lihat orang politik banyak membuang masa. Saya seru kepada mereka kalau hendak berpolitik biarlah dalam kancah perimeter sendiri, jangan melimpah keluar.

"Memang apa yang ahli politik lakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan orang politik matang. Sudah setahun lebih pilihan raya umum, tidak habis lagi dengan perkara ini," katanya. 


INGAT POLIS TAK ADA KERJA KE?
FOTO: GOOGLE

Dia juga menjelaskan yang siasatan kes itu mengambil masa dan banyak duit dikeluarkan. 

"Siasatan belum selesai lagi, ada banyak langkah yang hendak diambil. Duit begitu banyak dikeluarkan, orang perlu tahu. Proses ini berjalan lama dan mereka katakan polis tidak cekap. Mereka tidak faham," katanya.

Setakat ini, beberapa individu sudah ditahan untuk membantu siasatan. Video lucah yang tular itu juga disahkan tulen. 

Nampak marah betul Ketua Polis Negara ya. Mana tidaknya, ahli politik sibuk berpolitik sampai menyusahkan semua orang! - CARI

6

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 22-7-2019 09:58 AM
rasa nak pindah negara la..malu dapat menteri gini...
Quote Sham143 22-7-2019 10:22 AM
Last2 semuanya berkaitan politik.. Masing2 mencari kelemahan dn kesilapan lawan, utk menjatuhkan antara satu sama lain.. Polis pun malas nk layan..
Quote haryatie 22-7-2019 11:10 AM
kannn...
x abis2 dgn benda tu jerk
Quote LadyCarefree 22-7-2019 11:14 AM
Jgn lupa retis dn instapamimos sibuk buat lapuran polis sbb kena kutuk
Quote am2020 22-7-2019 12:10 PM
biasalah team pakatan hancing..dr masa pembangkang sampai jd kerajaan x hbs2 menyusahkan polis
Quote Bersotong 22-7-2019 06:46 PM
org suh siasat bkn komen
Quote HannahMontana 22-7-2019 08:30 PM
kalah negara yahudi
Quote kakigebang 23-7-2019 09:29 AM
yg menyusahkan ni pembangkang, sini report sana report..dulu kaki repot ayah kipidap skang ni lokman raja lawak...menyusahkan polis la korang ni
Quote glump 23-7-2019 11:03 AM
Kalau aku dpt lihat database report polis yg dibuat oleh org awam.. Berapa merapu ada dlm tu.. Tapi kena arkib lak kan
Quote teen_angelJB 25-7-2019 07:21 PM
Mmg la org akan lahar ko wahai polis berjiwa rakyat..sebb at 1st..statment bijak ko tu buat semua rakyat jelata berasa distupidkan...
Video asli..tapi wajah tidak dikenalpasti..
Adoii..anda rasa saya ada masa utk sakit kepala..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.386081 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top