CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

KJ Kini Mengajar Anak-anak Bajau Laut

22-7-2019 10:11 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6551| Komen: 28|Original author: Oleh: natrahn

Description: Dunia sedang ligat berputar menuju ke arah globalisasi, tapi masih ramai lagi yang tercicir dari arus pendidikan semasa. Tidak percaya? Masalah ini bukan dihadapi di Malaysia sahaja, ia turut dihadapi ...
Dunia sedang ligat berputar menuju ke arah globalisasi, tapi masih ramai lagi yang tercicir dari arus pendidikan semasa. Tidak percaya? Masalah ini bukan dihadapi di Malaysia sahaja, ia turut dihadapi di seluruh dunia. 


Bukan hanya tidak selari dari segi sektor pembangunan, malah turut tertinggal dari segi intelek kanak-kanak. 
 

Khairul Jamain - Kertas dan pensel adalah alat untuk mengubah masa depan kerana tiada satu negara yang maju tanpa pendidikan

Menerusi Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Khairul Jamain berkongsi kisahnya yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyantuni suku kaum etnik Bajau Laut. 


Bajau Laut, sering dipanggil "gipsi laut", merupakan satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara. Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala'u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia. 

Kehidupan mereka jauh ketinggalan zaman. Anak-anak kumpulan etnik ini tidak bersekolah, kerana itu mereka tidak mahir untuk bertutur atau memahami bahasa Melayu. 


 
Khairul Jamain atau lebih senang dipanggil KJ mengambil keputusan berhenti kerja dan keluar mengembara sejak 2015. Jika dulu catatan dan perkongsian beliau hanya tentang kembara atau sesekali tentang NGO yang disertai, tapi kini lain pula. Khairul Jamain kini berulang alik setiap bulan mengajar kanak-kanak di Lautan Celebes, Semporna secara ikhlas kerana merasa kasihan dan tidak mahu mereka terus ketinggalan zaman lebih-lebih lagi dari segi pelajaran. 



Pada awalnya, beliau mengambil masa untuk mendekati etnik ini sebelum diterima oleh mereka. Namun, setelah beberapa bulan mengkaji dan melihat bagaimana cara hidup dan budaya komuniti ini, beliau mula sedar bahawa mereka kehilangan sesuatu yang besar iaitu “Pendidikan”. 

Etnik ini juga takut melihat pensel dan kertas mahupun menyentuhnya kerana tidak tahu menggunakannya. KJ mulakan dengan mengajar mereka melukis, menyanyi, bercerita dan menunjukkan contoh yang baik. 


 

Walaupun terpaksa mengeluarkan kos RM400 untuk berulang alik menggunakan bot kecil ke pulau untuk mengajar serta terpaksa mengharungi gelora samudera selama 30-50 minit bergantung pada keadaan laut dan ombak itu tidak mematahkan semangat beliau.



Keakraban beliau dengan etnik ini terbukti apabila salah seorang etnik kaum ini, Kamalita memberikan nama anaknya yang berusia tujuh bulan bernama “KHAIRUL” sebagai tanda dia dan keluarganya mengingati nama KJ. KJ sangat tersentuh dengan tindakan Kamalita itu.


 

Menurut KJ lagi, apa yang dibuat ini adalah inisiatifnya sendiri dan mengharapkan kerajaan tidak menyisihkan etnik berkenaan. Beliau turut berharap usaha ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Selamat maju jaya KJ! - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adila39 22-7-2019 10:33 AM
hebatnya dia. Semoga suksess and lbh ramai membantu... klu i bujang i akan follow step ni.. kot... free life.. gypsy style.. hmmm
Quote coolie83 22-7-2019 10:34 AM
murni sungguh niat beliau
Quote crazybeach 22-7-2019 10:38 AM
kj yang nih kira tall dark handsome jugak acik2 forumer tak nak rembes2 kah
Quote natrahn 22-7-2019 10:42 AM
crazybeach replied at 22-7-2019 10:38 AM
kj yang nih kira tall dark handsome jugak acik2 forumer tak nak rembes2 kah

hahahah dia tak cukup viral lagi nih. Viralkan KJ ni sebab masih bujang.
Quote Boomibulat 22-7-2019 10:43 AM
Nak ikut blh tak?nk tumpang mancing je...
Quote lagendahidup 22-7-2019 03:07 PM
tahniah dan terima kasih KJ
Quote haryatie 22-7-2019 03:15 PM
ingat KJ lg sorang tu
bagus nya dia
Quote puanbintang 22-7-2019 03:44 PM
niat yang  baik insyaallah dipermudahkan..semoga terus sukses
Quote natrahn 22-7-2019 03:47 PM
Boomibulat replied at 22-7-2019 10:43 AM
Nak ikut blh tak?nk tumpang mancing je...

try la message KJ...tengok gaya dia ni friendly. suka buat kerja2 kemanusian macam ni kan..
Quote natrahn 22-7-2019 03:57 PM
puanbintang replied at 22-7-2019 03:44 PM
niat yang  baik insyaallah dipermudahkan..semoga terus sukses

Amin. Bukan semua orang mampu buat macam KJ buat ni kan..
Quote Mfzg89 22-7-2019 04:25 PM
haryatie replied at 22-7-2019 03:15 PM
ingat KJ lg sorang tu
bagus nya dia

sama la..ingatkan KJ hero tamil tu...
Quote Chairman 22-7-2019 05:19 PM
haku igt KJ umno td...
Quote EvieWanKenobi 22-7-2019 05:41 PM
sekali masuk thread..
Quote dua_chzy 22-7-2019 07:10 PM
Tinggal la setahun dengan meka. Ko akan betul2, faham mengapa mereka begitu cara hidopnya.
Quote RatuDunia94 22-7-2019 07:43 PM
dua_chzy replied at 22-7-2019 07:10 PM
Tinggal la setahun dengan meka. Ko akan betul2, faham mengapa mereka begitu cara hidopnya.

Kenapa?

Deols ni org apa? Knp xde negara? Knp malaysia indon or pinoy x nak iktiraf deols?
Quote Biabetik 22-7-2019 08:39 PM
Semoga d permudahkan
Quote Sham143 22-7-2019 10:01 PM
Edited by Sham143 at 22-7-2019 10:06 PM

Mula2 ingat tadi Khairy Jamaludin rupa2nya Khairul Jamain.... Mcmanapun, syabas Khairul..You'r one in a million..
Quote natrahn 23-7-2019 07:16 AM
RatuDunia94 replied at 22-7-2019 07:43 PM
Kenapa?

Deols ni org apa? Knp xde negara? Knp malaysia indon or pinoy x nak iktiraf deols?

Mungkin sebab dorang tak nak duduk di daratan la kot. Dorang dah biasa duduk dalam bot kat laut. Tinggal kat darat, mabuk. Turun temurun lagi.
Quote putput 23-7-2019 10:15 AM
tabik spring

Lihat semua komen(28)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 11:28 PM GMT+8 , Processed in 4.237892 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top