CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bini Jenis Nasi Tambah" - Kesian, Cikgu Diserang Kerana Salah Faham

22-7-2019 11:27 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 21307| Komen: 115|Original author: Oleh: natrahn

Description: Hormat guru, berkat ilmu. Tanpa guru siapalah kita.Hakikatnya setiap daripada kita pasti terhutang budi sekurang-kurangnya kepada seorang guru.
Hormat guru, berkat ilmu. Tanpa guru siapalah kita. Hakikatnya setiap daripada kita pasti terhutang budi sekurang-kurangnya kepada seorang guru. Insan yang paling bertanggung jawab menjadikan kita seorang pelajar dan mendapat ilmu ialah guru. Individu yang paling utama untuk disoal dan dipersalahkan pastinya seorang guru jika seorang murid melakukan kesalahan disiplin, ataupun tidak dapat mendapat markah yang bagus di dalam peperiksaan. Sesetengah guru akan dimarahi oleh penjaga murid di atas kesalahan yang dilakukan oleh anaknya.


Insiden seperti inilah yang berlaku di Bachok, Kelantan baru-baru ini. Tular video dua orang lelaki menyerang seorang guru di SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan Darul Naim.
 

Guru yang diserang itu merupakan Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) di sekolah tersebut. Kejadian yang berlaku pada 20 Julai 2019 itu berlaku semasa guru tersebut selesai melakukan pemantauan kelas tambahan pelajar Tingkatan Lima. Dua orang lelaki Melayu telah masuk ke kawasan sekolah dan menyerang guru tersebut akibat salah faham. 

Guru tersebut yang dikenali sebagai Encik Sirajudin Bin Jusoh telah diheret dan dipegang oleh seorang lelaki Melayu.  Dalam video berdurasi tiga minit 30 saat itu, berlaku perbalahan mulut antara PKP dan lelaki tersebut. 
 
 
Pergaduhan ini berpunca dari salah faham apabila isteri penyerang memaklumkan bahawa beliau diserang oleh guru berkenaan itu Encik Sirajudin. Walhal, Encik Sirajudin menelefon isteri penyerang untuk memaklumkan hal yang sebenar berkaitan kes gantung sekolah anak saudara penyerang, yang mana penjaga perlu hadir untuk tandatangan aku janji bersama pelajar. 

Difahamkan pelajar itu hadir tetapi penjaganya tidak hadir. Pelajar tersebut pula terlibat dengan kes gantung sekolah. Setelah diterangkan dengan jelas lelaki tersebut faham dan meminta maaf. Semasa kejadian, pengawal keselamatan telah menyorokkan diri dari berada di tempat kejadian. 



Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan marah atas perbuatan penyerang tersebut.




Susulan kejadian tersebut, penduduk sekitar turut berpakat untuk memboikot perniagaan kedai makan penyerang tersebut. 



Seorang guru perlu dihargai dan dihormati. Sebarang perkara yang terjadi perlu ditangani dengan berhemah, tenang dan sabar. Sabar kan separuh dari iman. Semoga bermanfaat. - CARI 
 
 
Sumber:  Oghe Bachok
 
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawangkecik 22-7-2019 11:32 AM
aku skip laju ja bila baca tang komen.

cakap bahasa malaysia boleh?
Quote Victorioussss 22-7-2019 11:39 AM
Balik nnt mmg suami marah la kat bini dia
Tapi malam karang bini bagi seround, dah hilang marah
Quote natrahn 22-7-2019 11:41 AM
bawangkecik replied at 22-7-2019 11:32 AM
aku skip laju ja bila baca tang komen.

cakap bahasa malaysia boleh?

bahasa malaysia dialek kelate..secara umum semua kondem la penyerang tu sebab serang cikgu tanpa usul periksa.
Quote lolita737 22-7-2019 11:43 AM
dh anak buat salah nak marah ke cikgu pulak..kalau yer pun tanya la elok2 dulu..

kan dah malu..negeri serambi mekah ni bukan rakyat2 nya penyabar ke?

kadang2 tgk perangai makpak sekarang buat kat cikgu mcm cikgu xda perasaan je..
Quote kabukiman 22-7-2019 11:45 AM
Laki Bini denge anok sek Nate babi.

Biar mapuh kerah denung
Quote nuryakmal 22-7-2019 11:53 AM
kepimpinan melalui tauladan. harap cikgu tu saman dan buat report polis atas assault. ajar sikit parent yang kurang ajar ni
Quote yeos2 22-7-2019 11:57 AM
kan dah mendapat... netizen boikot trus...

hormatilah guru kita
Quote Boomibulat 22-7-2019 11:57 AM
Negeri k lg...
Quote pokaibanktokyo 22-7-2019 11:58 AM
https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1
Quote adila39 22-7-2019 12:00 PM
x fahamla... tp mmgla parents ni jenis otak kat lutut... mana budak2 zaman ni x rude.. parents pun pangai mcm no brain.
Quote am2020 22-7-2019 12:01 PM
klate lagi..nate beruk sunggu puak2 ni..serambi mekah kunun..
Quote Bersotong 22-7-2019 12:01 PM
bawangkecik replied at 22-7-2019 03:32 AM
aku skip laju ja bila baca tang komen.

cakap bahasa malaysia boleh?

i know right (ikr)
Quote salmon-suki 22-7-2019 12:10 PM
bawangkecik replied at 22-7-2019 11:32 AM
aku skip laju ja bila baca tang komen.

cakap bahasa malaysia boleh?

Kalau komen tu dicedok kt socmed khas ore klate,mmg ler xde nak guna bahasa baku..guna dialek sendiri laa..jgn jd bebal laa sis..lain laa kalau dicedok kt mainstream pny socmed,xdelaa komen dlm dialek klate..boleh faham ke x?
Quote amerald 22-7-2019 12:13 PM
set ni lagi..
ape pun hormat guru. berjaya di dunia akhirat
Quote Malaysia.Doom 22-7-2019 12:21 PM
natrahn replied at 22-7-2019 11:41 AM
bahasa malaysia dialek kelate..secara umum semua kondem la penyerang tu sebab serang cikgu tanpa u ...

Tu bukan Bahasa Malaysia...itu Bahasa Melayu Dialek Kelantan.

Tiada seorang pon di Malaysia yang menggunakan Dan mendaulatkan Bahasa Malaysia.

Ini contoh penggunaan Bahasa Malaysia yang benar.

[youtube]JytXDsH9UgQ[/youtube]
Quote natrahn 22-7-2019 12:22 PM
pokaibanktokyo replied at 22-7-2019 11:58 AM
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1167551&extra=page%3D1

mesti pak guard terkejut dan takut...
Quote natrahn 22-7-2019 12:26 PM
Malaysia.Doom replied at 22-7-2019 12:21 PM
Tu bukan Bahasa Malaysia...itu Bahasa Melayu Dialek Kelantan.

Tiada seorang pon di Malaysia yan ...

ok..bahasa melayu dialek kelantan. Sebab cedok dari page Oghe Bachok maka screen shoot komen semua dialek sana kebanyakkannya. Sis bagi terjemahan sikit.

oyat/oyak- beritahu
maroh - marah
gapo - apa
cabe - cabang / simpang
buke - bukan
bui - beri
pahni - lepas ini
ambo - saya
kokre - pada orang
saloh - salah
keda - kedai
sere - serang
Quote pokaibanktokyo 22-7-2019 12:34 PM
natrahn replied at 22-7-2019 04:22 AM
mesti pak guard terkejut dan takut...

Setakat sotong dua ekor pun terkejut, takut tak payah jadi guard la.
Quote pokaibanktokyo 22-7-2019 12:42 PM
Lain hari apa kita buat akan datang kembali  . Buruk atau baik

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.130243 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top