CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Tak Nampak Fake Maafkan Saya" - Azwan Ali, Sheila Rusly Tamatkan Perang Dua Tahun

5-7-2019 12:21 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 14087| Komen: 61|Original author: Oleh: LilRose

"Alhamdulillah, walaupun macam tak percaya tapi saya bersyukur dapat bertemu dengan Sheila dan memohon maaf kepadanya."


Kredit foto: IG Sheila/NST


Azwan Ali menyatakan rasa syukur apabila persengketaan selama dua tahun dengan Sheila Rusly dapat dijernihkan semula.

Berkata kepada mStar Online, Azawan yakin Sheila ikhlas memaafkannya.

"Dia pun tak nampak fake, saya yakin dia sudah maafkan. Saya harap pihak lain berhenti melaga-lagakan kami," ujarnya.


Kredit foto: mStar Online

Difahamkan, Azwan yang terkenal bermulut laser itu, lancang memberi kritikan pedas terhadap drama Misteri Wan Peah yang diterbitkan syarikat milik Sheila di laman sosial dua tahun lepas.


Bukan Sheila saja, malah suaminya, Azman Yahya atau Jinggo yang juga mengarahkan drama tersebut turut berasa kurang senang dengan kritikan Azwan itu.

Biasanya kalau dah lama bergaduh ni, susah nak baik semula. Bagaimana mereka boleh bertemu dan menamatkan persengketaan mereka?

Rupa-rupanya pertemuan itu diatur rakan artis iaitu Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri yang nekad mahu mereka berbaik semula.


Kredit foto: mStar Online

Untuk itu, Azwan sangat berterima kasih kepada mereka kerana memberi kesempatan kepadanya bertentang mata dengan Sheila yang hadir seorang diri di rumah Maria di Taman Melawati.

Pada mulanya, Azwan menyangka Shahora hanya bergurau apabila memaklumkan bahawa Sheila nak datang menyebabkannya tergamam apabila Sheila muncul depan mata.

"Kecaman yang saya lemparkan kepadanya agak teruk dan sebab itu saya mahu minta maaf kepada Sheila dan Jinggo," katanya.


Kredit foto: IG Sheila

Seronok rasanya mendengar mereka sudah berbaik semula. Semoga berkekalanlah ya. - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 5-7-2019 01:20 PM
Gadoh je ke kerje dua ekor ni
Quote de_ikea 5-7-2019 01:34 PM
Tengoklah igs shahora, nmpk berubah beno air muka sis ketuk2. Lain mcm sgt. Iols rasa klo dia tahu, tak mahu dia prg.

Hr ni ig feed pun ada bunyi sumbang tauuuu
Quote msdummy.2018 5-7-2019 01:39 PM
de_ikea replied at 5-7-2019 01:34 PM
Tengoklah igs shahora, nmpk berubah beno air muka sis ketuk2. Lain mcm sgt. Iols rasa klo dia tahu,  ...

dia bukan dulu ckp sakit cancer ker?ker i salah org?
Quote SherryZass 5-7-2019 01:39 PM
Ni betol2 bermaafan kah atau lakonan semata2? Kalau betul, baguslah ya.
Quote kiah_mai_pulak 5-7-2019 01:43 PM
Time bermaafan, ada je ucapan klise, hentikan laga2 kami., motifff??? Org x laga pun kau mmg kaki gaduh pun kn?
Quote kiah_mai_pulak 5-7-2019 01:43 PM
Time bermaafan, ada je ucapan klise, hentikan laga2 kami., motifff??? Org x laga pun kau mmg kaki gaduh pun kn?
Quote buragazz 5-7-2019 01:45 PM
Bagus lah.. tapi Sis.. knowing that si Azwana ni kadang2 suka lupa daratan.. so sis jangan lah baik sangat.. nanti terluka lagi.. Abang dia si jemin pun dia boleh telanjangkan inikan pula yang takde pertalian pusat..
Quote crazybeach 5-7-2019 01:46 PM
Dia pun tak nampak fake, saya yakin dia sudah maafkan.


ehh mana kau tahu dia tak fake. engkau sendiri pun fake then nak expect orang lain tak fake??

Saya harap pihak lain berhenti melaga-lagakan kami.


eh hello? pihak lain mana yang koserr nak melaga laga kan kau? engkau yang melaga laga kan orang ada lah. dengan kawan baik sendiri pun kau nak gaduh kann.
Quote crazybeach 5-7-2019 01:51 PM
btw kenapa kak yah jjcm punya style rambut pendek tu very the amma2. jenguk kat ig elok jah rambut panjang
Quote Zeatyisaac 5-7-2019 01:58 PM
La, kritikan Azwan Ali pun diambik kira. Buat tak tahu je lah.
Quote cclina2 5-7-2019 02:03 PM
why bother why bother..see my levellll
Quote Ivysaur 5-7-2019 02:10 PM
Next please.. drama quueenss
Quote shida81 5-7-2019 02:52 PM
kata da duk london... balik raya ke
Quote umbut 5-7-2019 03:04 PM
Siapa yg laga laga kan ko.. ko yg laga2 sendiri
Quote sukacactus 5-7-2019 03:05 PM
Bagus la
Masing2 pun dah senja
Quote hotmak 5-7-2019 03:18 PM
de_ikea replied at 5-7-2019 01:34 PM
Tengoklah igs shahora, nmpk berubah beno air muka sis ketuk2. Lain mcm sgt. Iols rasa klo dia tahu,  ...

nampak awkward gila muka sis

kesian pulak tgk, ingat senang ke nak berbaik lepas org tu kata mcm2, kalau berbaik atas inisiatif sendiri takpelah jgk
Quote natrahn 5-7-2019 03:18 PM
Bagus..sedangkan nabi ampun umat.. Buang yang keruh ambil yang jernih
Quote Carcosa 5-7-2019 03:22 PM
kiah_mai_pulak replied at 5-7-2019 01:43 PM
Time bermaafan, ada je ucapan klise, hentikan laga2 kami., motifff??? Org x laga pun kau mmg kaki ga ...

Hah tulah!! Aku pon hanginnn je baca. Ehh pondan gila!! Bila masa pulak org2 luar laga2 kan?? Ko yg molot mcm anjing tua gila sakit khusta!
Quote hotmak 5-7-2019 03:27 PM
AA try hard sangat nak berbaik, dok terpanggil panggil, sis layan ala ala je, tgk gambar pun tau dia tak seronok, beza sangat gambar dgn family alif satar

yg dorang tu sibuk sangat nak baikkan dah kenapa, nanti tak memasal dgn maria tu putus kawan

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050866 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top