CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ada Lebih 100 Di Indonesia, 10 Gunung Berapi Cantik Dan Luar Biasa Ini Jadi Sasaran Pendaki Dunia!

11-4-2019 10:54 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 5683| Komen: 10|Original author: Oleh: NmeeraR

Indonesia cukup terkenal dengan pelancongannya dari pantai hinggalah ke gunung. Kesemuanya cukup indah dan luar biasa.

Jika bercakap mengenai gunung, sudah diketahui umum bahawa republik itu dikuasai oleh gunung berapi dan antara gunung berapi yang paling aktif di Indonesia adalah Kelud dan Merapi 


Sehingga kini, terdapat 127 gunung berapi di Indonesia. Memetik IDNTimes, ini adalah 10 gunung berapi paling indah dan selalu menjadi tumpuan pelancong tempatan dari dalam dan luar negara untuk melakukan pendakian.


1. Gunung Tambora


Kredit Foto: idntimes


Gunung Tambora terletak di antara daerah Dompu dan Bima. Gunung berapi ini pernah meletus sehingga memusnahkan kerajaan sekitarnya pada 1815. Malah, ketinggiannya juga berubah dari 4300 meter ke 2815 meter dari aras laut. 

Di samping itu, ketinggian Gunung Tambora terkenal dengan kawah vulkanik yang paling luas di Indonesia. 

Jika ingin mendaki, terdapat beberapa laluan mendaki, iaitu melalui Kampung Pancasila, Doro Peti, atau Doro Ncanga.


2. Gunung Kelud


Kredit Foto: idntimes

Gunung Kelud terletak di antara Kabupaten Kediri, Kabupaten Blitar, dan Kabupaten Malang dengan ketinggian 1.731 meter dari aras laut. Ketika meletus pada tahun 2014, kawasan Gunung Kelud mengalami banyak perubahan.

Dulunya, pelancong boleh melawat dengan mudah ke puncak gunung. Terdapat banyak infrastruktur untuk menyokong para pelancong. Kini keadaan kawah tidak lagi sama dan anak gunung Kidul telah musnah sehingga menyebabkan jalan dipenuhi pasir, kerikil dan batu.

Andai ingin ke sini, pengunjung perlu menaiki kenderaan ojek atau berjalan kaki.


3. Gunung Bromo


Kredit Foto: Google

Gunung Bromo dikenali sebagai primadona Jawa Timur yang termasuk ke dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (TNBTS). Kawasan ini diapit oleh beberapa daerah, iaitu Lumajang, Malang, Pasuruan dan Probolinggo.

Terdapat satu tempat strategik yang popular untuk melihat matahari terbit di Gunung Bromo. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati saat matahari terbit di Gunung Bromo dari Bukit King Kong, Bukit Cinta, pasir berbisik, dan sekitarnya.


4. Gunung Semeru


Kredit Foto: Google

Tidak jauh dari Gunung Bromo, terdapat Ranu Pani yang merupakan pintu utama sebelum mendaki Gunung Semeru. Setiap hari, hanya tersedia kuota 500 orang yang dibenarkan untuk mendaki.

Selain ingin merasai keindahan puncak Gunung Semeru, kebanyakan pengunjung juga ingin merasakan pengalaman berkhemah di Ranu Kumbolo. 


5. Gunung Sinabung


Kredit Foto: idntimes

Gunung Sinabung terletak di dataran tinggi Karo, Sumatera Utara dan merupakan gunung aktif yang menyemburkan awan panas hingga 2,000 meter disertai abu gunung berapi setinggi 2,000 meter dan gempa selama 287 saat.  

Namun begitu, ia masih menjadi salah satu kegemaran pendaki.


6. Gunung Kerinci


Kredit Foto: idntimes

Gunung Kerinci adalah gunung tertinggi ke-9 di Indonesia, iaitu 3,085 meter dari aras laut dan merupakan salah satu puncak impian yang terletak di Jambi, Sumatera Barat.

Gunung ini terletak dalam Taman Nasional Kerinci Seblat yang mana terdapat habitat badak dan harimau Sumatera. 


7. Gunung Ijen


Kredit Foto: idntimes

Gunung setinggi 2.443 meter dari aras laut ini berada di perbatasan Kabupaten Banyuwangi dan Kabupaten Bondowoso, Jawa Timur. Biasanya, pengunjung yang datang ke sini ingin melihat matahari terbit, tasik asid dan api biru yang mana jika ingin melihatnya disyorkan mendaki pada waktu tengah malam.


8. Gunung Tangkuban Perahu


Kredit Foto: idntimes

Selain dikenali sebagai tempat terkenal untuk membeli belah, Bandung juga menjadi tumpuan pengunjung kerana Gunung Tangkuban Perahu yang mempunyai ketinggian sekitar 2084 meter dari aras laut dengan jaraknya kira-kira 20 kilometer ke utara, yang terletak di kawasan Cikole Lembang.

Gunung ini menjadi tumpuan kerana mempunyai lagendanya tersendiri iaitu lagenda Sangkuriang. Jika ingin ke sini, caranya amat mudah. Pengunjung  boleh menaiki pengangkutan awam, kereta atau motosikal.


9. Gunung Agung


Kredit Foto: idntimes

Gunung Agung terletak di Bali dengan ketinggian sekitar 3031 meter dari aras laut. Terdapat tiga laluan pendakian iaitu Selat, Budakeling dan Kuil Besakih.


10. Gunung Rinjani


Kredit Foto: idntimes

Gunung Rinjani adalah gunung berapi tertinggi kedua selepas Kerinci, dengan ketinggian 3,726 meter dari aras laut. Selain puncak, Gunung Rinjani menjadi tarikan kerana terdapatnya Danau Segara Anak yang cukup indah.
 
Bahkan, pendakian ke Rinjani juga akan terbayar dengan keindahan landskap dari Gunung Agung, Bali; Gunung Raung, Banyuwangi; dan Gunung Tambora, Sumbawa. - CARI
3

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • abby_R

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 11-4-2019 11:05 AM

Best, ada 3-4 dalam list yg dah sampai (bromo, Semeru, tangkuban)

Ada juga yg dpt pandang dari dekat  @ kaki gunung (rinjani, agung, sinabung)

Ijen dal lama mengidam
Quote Themilo 11-4-2019 11:05 AM
iols dah pergi Bromo dengan Ijen. Semeru jaa tak sempat pergi last year.

Subhanallah, memang cantik uols! rasa nak pergi lagi jaa..
Quote Beribear 11-4-2019 11:36 AM
Sbb citer 5cm 2012 lah iolss suka nak hiking. Bucket list mmg nak sgt ke semeru tu. Teringin nak naik ketapi dorg and berhenti kat malang. Tp syg nya cita2 iolss bermula pd nov 2015 & berakhir jan 2016. Tiga gunung je dpt takluk kat malaysia ni.. Paling ingat 1st gunung iolss hike nuang via jnda baik. 2nd Datok & last gbh. Tp iolss akan pastikan cita2 iolss berjaya jugak utk takluk semeru suatu hari nti. Nabalu pon dlm bucket list. {:love
Quote mbhcsf 14-4-2019 12:52 PM
i suka  dataran tasik tu , niceeeeee....
Quote iznanaziz 22-4-2019 09:42 AM
Sang_Pencinta replied at 11-4-2019 11:05 AM
Best, ada 3-4 dalam list yg dah sampai (bromo, Semeru, tangkuban)

Ada juga yg dpt pandang dari  ...

Tangkuban Perahu pun salah satu gunung berapi kan?

kenapa masih ada penempatan di situ? bahkan jadi tempat tumpuan membeli belah

masa ke sana, awak tak rasa gerun ke?
Quote korokure 10-5-2019 08:35 AM
Masyaallah cantik sungguh gunung2 berapi ni. Walaupun seperti bom jangka tapi ia tetap indah untuk dinikmati
Quote mesmerize 11-5-2019 12:15 AM
cantik giler.. nampak tenang dan damai di luaran
namun di bawahnya mungkin sedang bergelora tunggu masa nak meletup
Quote CikB 29-6-2019 05:33 PM
indonesia mmg byk gunung2 berapi....cantik sgt
Quote dukungunung71 26-11-2019 11:01 PM
Jom bromo {:run

#bromodrivers
Quote teha86 31-12-2019 12:52 AM
kerinci..dah penah naik..best n  trek dia selut ..best

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.051681 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top