"Babak itu ditambah pada saat akhir selepas saya menerima tawaran untuk menaiki helikopter secara percuma daripada sebuah syarikat penerbangan persendirian." Selepas ramai yang bitter dengan babak menaiki helikopter dalam muzik video bagi single terbarunya 'Mencuba', Sufian Suhaimi tampil menjelaskan situasi sebenar. Berkata kepada mStar Online, Sufian, 29, akui babak menaiki pesawat itu menarik untuk ditambah dan menegaskaan bahawa babak berkenaan tidak akan dimasukkan sekiranya dia tidak menerima tawaran itu. Sufian dilihat seolah-oleh terus-menerus mencipta kontroversi yang mengaitkan dirinya masih belum move on dari putus tunang dengan Elfira Loy. Sebelum ini, ketika malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), Sufian menggunakan pelamin dalam persembahannya hingga mencetuskan spekulasi negatif dan kecaman terutama daripada adik Elfira, Ezlisa Loy. Sufian sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila menampilkan babak menaiki helikopter dalam muzik video terbarunya itu yang dikaitkan dengan kisah percintaan dengan Elfira. Sufian atau lebih popular dengan nama Baby Pian akui dia pada mulanya agak bimbang untuk menampilkan babak berkenaan kerana khuatir menyinggung perasaan mana-mana pihak. Namun, dia bersedia dikritik kerana menurutnya, setiap individu berhak memberi pandangan masing-masing.
|
imah70 replied at 10-4-2019 05:34 PM
Last minute?? Tk payah propa lah...dia ni mmg hadap simpati...mentang2 Masa ajl gimik tu menjadi...t ...
ADVERTISEMENT