Pernahkah anda tiba-tiba sahaja ditahan polis trafik meskipun tidak melakukan apa-apa kesalahan di atas jalan raya? Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah membersihkan cermin kereta dengan menggunakan wiper atau pengelap cermin kereta.
Itu pun sebab sudah dikotori najis burung. Namun, sejak bila menggunakan wiper itu satu kesalahan? Seorang pengguna berkongsi menerusi Facebook mengenai hal itu dan menganggap ia satu kejadian yang pelik dan tidak mungkin dilupakannya. Katanya, ketika memandu kereta berhampiran Sutera Mall, Johor Bahru, dia mendapati cermin hadapan kereta dikotori dengan najis burung. Selepas memastikan tiada motosikal berhampiran kenderaannya, dia pun membersihkan tingkap itu menggunakan wiper dan juga pancuran air. Namun, sebaik melakukan sedemikian, keretanya ditahan polis trafik. Apa sudah terjadi?
Netizen bernama Koh ini berkata, dia sentiasa mengikuti peraturan jalan raya dan pelik mengapa kenderaannya ditahan? "Adakah awak tahu, ketika wiper digunakan, air telah terkena mata saya?" Katanya lagi, dia tertanya-tanya bagaimana mungkin semburan air boleh begitu tepat mengenai mata polis trafik tersebut? "Dia (polis trafik) melihat nombor plat saya, melakukan 'tawaf' pada kereta saya dan akhirnya tidak dapat mencari alasan untuk membuka saman." Akhirnya, netizen tersebut dilepaskan namun diberikan amaran, "saya akan memberi amaran kepada anda kali ini dan melepaskan anda pergi." "Mungkin polis trafik sangka saya akan memberikan 'duit kopi' tapi dia tidak tahu saya lebih suka membayar saman RM300 daripada memberikan duit kopi." Ramai netizen memberikan respon dan menganggap kejadian itu sebagai lucu. "Lain kali semasa hujan, nak buka wiper pun takut. Nanti kena saman pula." "Lucu sangatlah abam polis tu." - CARI
|
kroit92 replied at 2-4-2019 12:02 PM
tak leh percaya cerita satu pihak, sebab diorang selalu putar belit cerita jadi mangsa
lepas tu car ...
jazaa100 replied at 2-4-2019 01:45 PM
okay.....posting kau yg ni nampak kau dah di alam dewasa.....
ADVERTISEMENT