View: 2828|Reply: 12
|
'Abang Polis' Cari Pasal Hanya Sebab Pengelap Cermin Kereta?
[Copy link]
|
|
Pernahkah anda tiba-tiba sahaja ditahan polis trafik meskipun tidak melakukan apa-apa kesalahan di atas jalan raya? Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah membersihkan cermin kereta dengan menggunakan wiper atau pengelap cermin kereta.
Itu pun sebab sudah dikotori najis burung. Namun, sejak bila menggunakan wiper itu satu kesalahan?
Seorang pengguna berkongsi menerusi Facebook mengenai hal itu dan menganggap ia satu kejadian yang pelik dan tidak mungkin dilupakannya.
Katanya, ketika memandu kereta berhampiran Sutera Mall, Johor Bahru, dia mendapati cermin hadapan kereta dikotori dengan najis burung.
Selepas memastikan tiada motosikal berhampiran kenderaannya, dia pun membersihkan tingkap itu menggunakan wiper dan juga pancuran air.
Namun, sebaik melakukan sedemikian, keretanya ditahan polis trafik. Apa sudah terjadi?
Netizen bernama Koh ini berkata, dia sentiasa mengikuti peraturan jalan raya dan pelik mengapa kenderaannya ditahan?
"Adakah awak tahu, ketika wiper digunakan, air telah terkena mata saya?"
Katanya lagi, dia tertanya-tanya bagaimana mungkin semburan air boleh begitu tepat mengenai mata polis trafik tersebut?
"Dia (polis trafik) melihat nombor plat saya, melakukan 'tawaf' pada kereta saya dan akhirnya tidak dapat mencari alasan untuk membuka saman."
Akhirnya, netizen tersebut dilepaskan namun diberikan amaran, "saya akan memberi amaran kepada anda kali ini dan melepaskan anda pergi."
"Mungkin polis trafik sangka saya akan memberikan 'duit kopi' tapi dia tidak tahu saya lebih suka membayar saman RM300 daripada memberikan duit kopi."
Ramai netizen memberikan respon dan menganggap kejadian itu sebagai lucu.
"Lain kali semasa hujan, nak buka wiper pun takut. Nanti kena saman pula."
"Lucu sangatlah abam polis tu." - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
polis tu marah kena air, itu je...takde isu pun
kalau moto duduk kat blakang kete memang kena...
aku selalu kena tak marah pun |
|
|
|
|
|
|
|
geng-geng ni sama cam kelly..
bukan boleh caya cerita dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak leh percaya cerita satu pihak, sebab diorang selalu putar belit cerita jadi mangsa
lepas tu cari pasal dengan penjawat awam |
|
|
|
|
|
|
|
Ini Malaysia bukan Taiwan hengkau tulis dalam Mandarin. Suka erk carik salah sejak akhir2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain check sekeliling dulu sebelum nak lakukannya lainlah masa hujan tak boleh nak elak dari menggunakannya |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita sebelah pihak.....
nak tuduh polis nak rasuah le tu....
chii byeee........ |
|
|
|
|
|
|
|
okay.....posting kau yg ni nampak kau dah di alam dewasa.....
|
|
|
|
|
|
|
|
cait, jangan la follow saya ke mana-mana jua
|
|
|
|
|
|
|
|
so, ape kata abang polis plk? |
|
|
|
|
|
|
|
Seriau jaman sekarang buat pe2 sikit2 kena viral |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar cina pendatang mesti nak burukkan melayu..kunun polis melayu ni nak mtk rasuah la..wtf |
|
|
|
|
|
|
| |
|