Berikutan tersebarnya mesej di media kononnya wang tunai RM60 akan menggantikan wang RM50, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan menafikan berita itu.
Menurut mesej tersebut, wang kertas RM60 yang dikeluarkan baru-baru ini akan digunakan oleh kerajaan untuk menggantikan wang tunai RM50 yang kononnya tercemar dengan pengedaran wang palsu dan haram di pasaran. Bagaimanapun kenyataan itu dinafikan oleh menteri terlibat. Dalam ucaptamanya di pameran teknologi WeChat Pay, Menteri Kewangan menerangkan wang tunai RM60 yang dikeluarkan pada tahun 2017 oleh Bank Negara Malaysia adalah wang peringatan sempena sambutan Ulangtahun Persekutuan Tanah Melayu. Sambil menafikan khabar angin itu, beliau menggesa masyarakat supaya tetap menggunakan wang tunai RM50. "RM60 sah diguna pakai dan dijual beli bagaimanapun saya menggesa orang ramai supaya menyimpannya kerana jumlah yang dikeluarkan terhad, hanya 60,000," tambahnya. "Sebagai perbandingan ada 900 juta keping wang tunai RM50," katanya lagi. Untunglah mereka yang bernasib baik dapat memiliki wang tunai ini RM60 ini, kerana khabarnya susah untuk diperolehi di pasaran. -CARI
|
3
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sang_Pencinta replied at 27-3-2019 12:29 PM
Mana nak beli ya?
ADVERTISEMENT