CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Sangat Jadi Juruterbang, Menyamar Pun Jadilah

27-3-2019 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3910| Komen: 20|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang lelaki yang menyamar sebagai juruterbang syarikat penerbangan Garuda Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, ditahan polis.
Seorang lelaki yang menyamar sebagai juruterbang syarikat penerbangan Garuda Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, ditahan polis.

Alvin Adithya Darmawan diaktakan mendaftar masuk ke kaunter syarikat penerbangan itu pada jam 11.40 pagi dengan lengkap berpakain seragam juruterbang Garuda.

Kompas.com, melaporkan lelaki itu juga didapati membawa kad pengenalan anak kapal Garuda.

Kredit foto: Facebook
Ketua Polis Soekarno-Hatta, Victor Togi Tambunan berkata, Alvin dilihat berlegar-legar di sekitar terminal sebelum menuju ke bahagia pemeriksaan keselamatan.

Penyamarannya terbongkar selepas dia bertembung denga juruterbang Garuda, Kapten Andre yang curiga terhadapnya.


Kredit foto: Facebook
“Kapten Andre berborak dengan lelaki itu dan dia memberi jawapan yang kurang jelas. Juruterbang itu kemudian melaporkan lelaki berkenaan kepada pegawai keselamatan.'

Ketua Unit Siasatan Jenayah Soekarno-Hatta, James Hasudungan Hutajulu berkata, siasatan mendapati Alvin adalah penumpang penerbangan Garuda ke Semarang.


Kredit foto: Facebook
Hasil penyiasatan mendapati Alvi terlalu obses mahu menjadi juruterbang, namun sayangnya gagal dalam permohonan jurusan terbabit selepas sekolah menengah.

Alvin boleh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 263 Kanun Keseksaan atas kesalahan memalsukan dokumen yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun. -CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote e.gurl 27-3-2019 12:52 PM
Catch Me If You Can....
Quote ruffboyz 27-3-2019 12:57 PM
hahaha... mcm2, ada gak org yg sanggup menyamar mcm ni.. sia2 je klu sabit kesalahan kena penjara
Quote lee_sakura 27-3-2019 12:58 PM
e.gurl replied at 27-3-2019 12:52 PM
Catch Me If You Can....

teringat aku kt movie ni
Quote pearl.silver 27-3-2019 02:43 PM
Mcm pernah bc dah pasal menyamar ni.. Tp kat mlysia kot
Yg ada video interviu tu..
Quote Artemesiaa 27-3-2019 02:46 PM
Nasib ada yang perasan kepalsuannya tu
Quote nurrlisa 27-3-2019 02:50 PM
Kesiannya. Bagi lah dia jadi crew for a day.
Quote wajaman 27-3-2019 02:52 PM
lain kali nak menyamar pn pastikan uniform tu fit cantik masuk kt bdn..bkn ketat smpi butang nk tercabut
Quote hawk77 27-3-2019 02:54 PM
e.gurl replied at 27-3-2019 12:52 PM
Catch Me If You Can....

A true story of a real fake.
Frank W. Abagnale
Quote sekngucing 27-3-2019 02:54 PM
catch me if you can... hahahaha
Quote Burong_Hantuk 27-3-2019 03:00 PM
busoknya kau dekkkk
Quote sapeka 27-3-2019 03:33 PM
sampai macam ni sekali?
cari duit p lah mendaftar dengan mana2 flying academy

Quote batmana 27-3-2019 03:36 PM
uniform buat sndiri ni, org tgk pn confuse

yg frank w. abagnale tu bijak, dia tempah dari kedai baju yg buat uniform rasmi
Quote MeMeimei 27-3-2019 03:43 PM
klu menyamar jd pramugara ok lg rasanya.. ni terus up jd pilot
Quote ikanmasin 27-3-2019 05:19 PM
mcm mana lah dia nak terbangkan kapal terbang tu..
nsb baik dpt ditangkap awal2..kalau dah temsk dlm
kapal terbang tu..abislah membahayakan semua..
Quote ninja boy 27-3-2019 05:42 PM
Bahaya kalau kapal terhempas
Quote kelana36 27-3-2019 05:53 PM
ikanmasin replied at 27-3-2019 01:19 PM
mcm mana lah dia nak terbangkan kapal terbang tu..
nsb baik dpt ditangkap awal2..kalau dah temsk dl ...

Dont worry la,
Banyak proses kena lalui sebelum crew sampai kepesawat untuk bertugas.
1 . Roster , nama crew sudah ditetapkan untuk buat sesuatu flight tu
2. General Declaration, nama nama pilots dan cabin crew mesti ada dalam list ni, yang mengandungi nama, staff number dan passport number.
3. Immigration, hanya orang yang namanya ada dalam general declaration list itu sahaja yang dibenarkan masuk.
4. Mostly crew know each other, dan walaupun dah kenal, masih lagi diperlukan untuk mengesahkan lesen penerbangan masing masing valid by cross checking each other.


so its not as simple as nak pegi bawak teksi atau bus ...
Quote SalenaGomez 27-3-2019 09:44 PM
pearl.silver: Mcm pernah bc dah pasal menyamar ni.. Tp kat mlysia kotYg ada video interviu tu..

Tau tau...tp video amik kat sogo kalau x silap
Utk kes ni over skit sbb kat epot
Quote ikanmasin 27-3-2019 10:28 PM
kelana36 replied at 27-3-2019 05:53 PM
Dont worry la,
Banyak proses kena lalui sebelum crew sampai kepesawat untuk bertugas.
1 . Rost ...

tq bg info..kdg2 yg terlebih bijaksana ni sanggup jer redah asal bole..
fhm bukan sng mau melalui pelbagai proses sblm msk tu..dia ingat sng2
jer bole lepas..
Quote CiliPadiSedap 28-3-2019 01:18 AM
pearl.silver replied at 27-3-2019 02:43 PM
Mcm pernah bc dah pasal menyamar ni.. Tp kat mlysia kot
Yg ada video interviu tu..

Tu kt shopping mall, kantoi sebab aircraft dia bunyi sku product barcode.. jarang pilot show off pg shopping mall pakai topi semua kecuali fake..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.424522 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top