Muhammad Hafiz Zainal, 24, ditemui maut di Serpentine Lake, Hyde Park, London. Kematian penuntut Malaysia itu disahkan sendiri oleh bapanya , Zainal Epi yang juga Editor Bersekutu Malay Mail.
Harian Metro melaporkan, sebab kematiannya tidak diketahui. “Anak lelaki saya penuntut tahun tiga jurusan kimia di Kolej Imperial London sejak 2015. “Sukar untuk saya jelaskan dengan lanjut berikutan tidak mengetahui apa berlaku, saya hanya dimaklumkan jenazah anak dikenal pasti melalui kad pelajarnya." Dia dan isterinya Zainab Mohamad akan berangkat ke London malam esok untuk urusan membawa pulang jenazah.
Sementara itu portal Evening Standard melaporka, mayat lelaki itu ditemui pada 5.51 pagi waktu tempatan di tasik tersebut. Jurucakap polis dilaporkan berkata, “Kami tiba di lokasi kejadian pada 5.45 pagi, bagaimanapun lelaki berkenaan disahkan sudah meninggal dunia. “Punca sebenar kematian masih dalam siasatan lanjut." -CARI
|
ADVERTISEMENT