Belum habis dengan kes bersama bekas pemandunya, muncul pula mulut-mulut jahat mengkritik corak permainan adik ipar Rozita Che Wan. Menerusi Instagramnya, Che Ta memuat naik paparan skrin pesanan seorang netizen yang seolah-olah menyindir dan memaki adik iparnya, Zaquan Adha Abd Radzak, pemain bola sepak Kedah. Kelihatan Che Ta sangat marah dengan tuduhan berkenaan. "Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lisannya ,lidah orang yang cerdik di belakang hatinya," tulisnya. Sementara itu, Che Ta juga dilihat memuat naik beberapa posting yang menyelar tindakan individu terbabit di IG Storynya.
Bak kata Che Ta, bahasa mencerminkan hati seseorang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT