CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ungkapan "Aafiyah Anak Ibu" Diperbesarkan, Netizen Kurang Senang..

22-3-2019 03:27 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 20486| Komen: 121|Original author: Oleh: MieJo

Description: Panggilan manja Datuk Siti Nurhaliza (Tok Ti) kepada anak kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid baru-baru in menjadi popular dan sebutan di kalangan peminat penyanyi nombor satu negara itu sehinggakan ad ...
Panggilan manja Datuk Siti Nurhaliza (Tok Ti) kepada anak kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid baru-baru in menjadi popular dan sebutan di kalangan peminat penyanyi nombor satu negara itu sehinggakan ada yang mempersoalkan mengapa ianya mendapat perhatian yang berlebihan daripada media. 



Sungguhpun panggilan tersebut merupakan sesuatu yang biasa bagi Tok Ti, namun kerana ajukan pengacara Sherry Alhadad semasa mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 pada bulan lepas ianya semakin menjadi ikutan dan sinonim dengan Tok Ti. 

Namun, ada yang merasa kurang senang dan merasakan yang ungkapan tersebut terlalu diperbesarkan dan menyalahkan Tok Ti bagaikan dia seorang sahaja yang mempunyai anak.

Kredit foto : Twitter

Seorang individu melalui akaun Twitter bagaimanapun meluahkan rasa kecewa dengan sikap individu yang seolah-olah menyalahkan Tok Ti ekoran tular nya panggilan manja Aafiyah itu.

"Masyarakat kita (netizen) semakin 'sakit' hari demi hari," tulis individu tersebut di laman Twitter yang turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut.

Kredit foto : Twitter

Berfikiran cetek sehingga mengambil perkara tersebut secara serius dan bukannya dalam konteks hiburan... 
Kredit foto : Twitter

Bukan salah Tok Ti, media yang melebih-lebih..

Kredit foto : Twitter

Apa pun, sememangnya ianya bukan salah Tok Ti panggilan tersebut diperbesarkan dan menjadi. Namun, mungkin kerana intonasi dan lenggok Tok Ti semasa mengungkapkan panggilan tersebut unik dan keibuan, membuatkan ianya menjadi ikutan dan melekat di hati ramai. -CARI
3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 22-3-2019 03:38 PM
Ala..serupa je cm kita ckp kt anak
Apasal yg sakit ati bebenor tu?
Selebriti gitu la..semua org amek tau
Korang tu blom tentu pak guard kenal..apatah lagu org luar
Quote Buritan 22-3-2019 03:39 PM
Afiyah tuuu anak org kayoo.. ce afiyah tuu anak retis so so jah cam anak sohai ke anak dahlan zainudin ke anak m daud kilau kee ade kee tular cenggini..
Quote suiskipas 22-3-2019 03:41 PM
Alaaaa...ape beza ngan mak2 kat fb ig semua....up gambo anak..caption nye "alaa comey nye nye anak mummy"..encem la, anak soleh la....same je kan.

Netizen ni kalau die buat takpe...org buat die meluat. Ape die igt org lain x meluat kot tgk die buat mcm tu jgk....
Quote mieymiey 22-3-2019 03:41 PM
Korang nak #AafiyahAnakIbu atau #ComelPipiMerah??
Quote EvieWanKenobi 22-3-2019 03:55 PM
bosannya.. tak habis2..
Quote paiayam 22-3-2019 03:59 PM
Dah dia tu Siti Nurhaliza. Bukan Limah ke Zakiah sebelah rumah tu. Selebriti, adat lah, apapa yang dia buat or yg keluar dari mulut dia mmg la jadi bahan berita.  Yang netizen jaki sangat ngape. {:cryrun
Quote seri_mawr 22-3-2019 04:02 PM
lor....sukahati dia tok ti nak panggil apa..nitizen sakit hati kenapa...?

dia jadi tular sbb maknya tok ti.....
cer kalau afiyah tu anak reti lain...buh la panggil apa pun..idak org  kisah....

walaupun aku anak ramai...aku suka dgr tone tok ti panggil anak dia...aafiyah anak ibu...
lagi satu dia mmg la excited kot...berapa lama dia kawen...baru ni dapat anak....

cer korang tgk org2 yg lama kawen nak2 klu belas2 tahun kawen tetiba dia dapat anak....dia pnyaa excited lain macam tau...first year celebration mesti grand....apatah lagi ni anak tok ti yg mak paknya kaya raya...pastu glamour pulak....
Quote anilanil 22-3-2019 04:02 PM
Oklah piyah anak ibu daripada mak mak lain yg upload gambo anak dgn caption "anak syurga" padahal anak tu hidup sihat walafiat..Apo??
Quote gummiebear 22-3-2019 04:09 PM
Lerr.. gitu pun sakit ati ke netizen? Tah pape lahh
Quote whadda 22-3-2019 04:10 PM
aduhai diorang ni.. itu pon nak rengsa.. dah dia panggil anak dia cara camtu
Quote rayray28 22-3-2019 04:11 PM
Sukatilaa dh dia nk guna # tu pon...yg lain nk pon leh buatjelaa # sendiri
Quote Cyempaka 22-3-2019 04:13 PM
salieyna rahim memberi komen - anak aku 4 orang semua anak ibu takde pulak masuk berita.. kecoh

helloooo... engkau siapa??? ada hati nak bandingkan anak dia dgn anak seorang siti nurhaliza. tak malunya bagi komen macam tu
Quote makneng 22-3-2019 04:13 PM
Sape yg tularkan semua ni sebenornya? Reputz? Sherry al hadad? Netizen? Sape uolls? Sape? Move on je la..
Quote cahaya_almas 22-3-2019 04:15 PM
I suka je tgk anak dct ni...comel..mcm ibu dia jgk....nape asa netizen yg jenis jeles ya...tu kan dct....mmg lah menjadi tumpuan walau dia buat benda kecil pun ..adoi .kau anak 4 org pun org tk kisah lah...haha..sbb kau rakyat biasa...
Quote SweetShera 22-3-2019 04:17 PM
Anak Siti Nurhaliza kooot..mesti la tular...klu anak pak gad skolah siapa pun tak kisah
Quote balakkampung 22-3-2019 04:21 PM
netizen kadang2 over melampau2...semua benda tak kena..aku pon gigih gak melawat IG artis..tapi takder la masa aku nak kritik dari ujung rambut sampai ujung kaki..
Quote SweetShera 22-3-2019 04:24 PM
ok lah klu dia kata Aafiyah anak iboo...klu dia kata AAfiyah anak kucing...lagi haghu
Quote sweetfasha 22-3-2019 04:26 PM
anak DCT kot.. mestilah viral

kalau anak che limah ke che senah ke.. takkan nak viral.. ko sapooo?
Quote cha-cha 22-3-2019 04:55 PM
"Anak aku 4 orang semua anak ibu, xde pulak masuk berita"

Ni ayat paling tak sedar diri who are yusssss???  

Oklah tu afiyahanakibu dari afiyahpipioren

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.057965 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top