Seorang budak lelaki yang membaling telur mentah ke arah senator berhaluan kanan Australia telah dinamakan 'Budak Telur' oleh netizen di seluruh dunia kerana tindakan beraninya itu. Will Connolly ,17, diangkat sebagai wira oleh warga dunia apabila dia membaling sebiji telur mentah yang tepat mengenai kepala Senator Fraser Anning yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan kebencian ketika mengulas tentang keganasan di New Zealand yang mengorbankan 49 nyawa orang Islam.
Kredit:Youtube Will yang telah ditumbuk sebanyak dua kali di muka oleh Anning sebelum dirempuh dan ditiarap ke lantai dengan kasar oleh penyokong senator tersebut kemudianya mengirim video pendek tentang kejadian yang berjaya menarik perhatian dunia itu. Kredit : Twitter Kredit : Twitter Will kemudiannya ditahan pihak berkuasa, tetapi telah dilepaskan tanpa sebarang pertuduhan. Warga dunia menghamburkan kata-kata pujian di laman sosial atas tindakan berani remaja berkenaan berdepan seseorang yang mempunyai jawatan penting di negaranya, kerana mengeluarkan kenyataan berbaur Islamofobia ketika mengulas kejadian berdarah di New Zealand itu. Antara yang menyokong tindakannya berkata: “Mereka melihat anda sebagai ancaman, kami melihat anda sebagai wira. Seorang wira yang mengetahui kebenaran mutlak.” Will di akaun Twitternya turut menjelaskan tentang tindakan yang dilakukannya itu. - CARI |
stania83 replied at 18-3-2019 10:26 AM
apa jadi dengan konsep matlamat tidak menghalalkan cara?
bangcak replied at 18-3-2019 10:32 AM
pengganas solo tu bagi alasan kat fb,
dia tembak pendatang. kononnya nak bersihkan pendatang dari ...
Ah_Kwan replied at 22-3-2019 04:09 PM
keh keh keh
pada ketika semua tiada memandang kepada cerita politaik..
bangcak replied at 22-3-2019 05:01 PM
Kaitkan dgn politik??
Pelampau bangsa kulit putih dgn pelampau agama kristian kat NZ tu i kaitka ...
ADVERTISEMENT