Penyampai berita Australia, Waleed Aly mengungkapkan kata-kata penuh emosi susulan serangan maut di Christchurch mengatakan, "perkara ini sememangnya telah dijangka". Hos The Project (versi Australia) itu menyatakan beliau tidak terkejut dengan serangan yang mengakibatkan 49 kematian orang awam terbabit. "Dalam banyak perkara yang saya boleh katakan pada malam ini adalah saya kecewa. Saya takut dan saya berasa putus harapan. Antara perkara tak jujur untuk saya katakan adalah saya terkejut. "Saya tak terkejut. Tiada apa yang berlaku di Christchurch mengejutkan saya," kata Aly. Menurut Aly, pengganas itu sengaja memilih waktu solat Jumaat kerana mengetahui mangsa yang beragama Islam pada hari itu tidak berdaya seperti 'ikan dalam tong'. "Ini adalah temujanji pembunuhan. Saya tahu, mereka yang melakukan perkara ini sangat jelas betapa tak bersedia mangsanya pada ketika itu," tegasnya. Aly seterusnya menyenaraikan serangan lain yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini termasuk serangan di masjid-masjid di Quebec City dan London, serangan ke atas orang Yahudi di rumah ibadat di Pittsburgh, Pennsylvania dan serangan ke atas orang kulit hitam di gereja di Charleston, South Carolina. Beliau menyalahkan keadaan ini berlaku akibat dorongan keganasan dan kebencian oleh ahli politik, termasuk Perdana Menteri Australia, Scott Morrison. Beliau juga mengecam ahli politik Australia, Fraser Anning yang menyalahkan Islam atas serangan itu. Aly menutup bicara dengan mesej menuntut keamanan dengan penuh bermakna. "Marilah kita bersatu. Fahami yang ini bukanlah suatu permainan. Keganasan tidak memilih mangsanya. "Kita semua adalah satu komuniti. Semua yang kita perkatakan untuk memecah-belahkan masyarakat, memburuk-burukkan kumpulan tertentu dan melaga-lagakan mereka ada akibatnya walaupun bukan jari kita yang berada di picu senjata itu," katanya yang disambut dengan tepukan tanda sokongan hadirin di studio. Netizen dari pelbagai negara nyata tersentuh dengan bait-bait komen Waleed Aly itu. Rata-rata berkongsi perasaan sedih mereka di laman Twitter The Project. "Kata-kata yang hebat. Saya patah hati dengan tindakan keganasan yang tidak boleh dimaafkan ini. Saya turut berharap ianya membuatkan kita bersatu. "Kata-katanya membuatkan saya menangis," antara komen netizen. - CARI
|
Babanana replied at 16-3-2019 01:04 PM
Tapi kalau tengok komen orang australia pun dorang macam agak menyokong manifesto lelaki tu.
merrissa replied at 16-3-2019 02:31 PM
x sedar diri deme ni...pttnya org asli australia sumpit tombak je deme sekor2.....x sedar diri tol ...
ADVERTISEMENT