Baru-baru ini viral tentang satu lagi challenge yang bakal jadi ikutan ramai. Ia dipanggil #TrashChallenge. Semua orang pasti ingat lagi tentang challenge sebelum ini seperti cabaran #10YearChallenge, #TindanChallenge #KekeChallenge #BirdboxChallenge dan banyak lagi, kan? Jadi, apa yang menariknya #TrashChallenge berbanding cabaran yang lain? Challenge yang viral sebelum ini walaupun mendapat sambutan tetap mendapat reaksi negatif daripada masyarakat kerana walaupun untuk tujuan suka-suka ada bahaya di sebaliknya. Tetapi, untuk #TrashChallenge apa yang anda perlu lakukan ialah hanya bersihkan kawasan tertentu tidak kira di hutan, jalanan, tasik, sungai, atau kawasan berbukit. Selesai membersihkan anda hanya perlu letakkan dua keping gambar sebelum dan selepas pembersihan. Kalau kita boleh buat cabaran yang sebelum-sebelum ini apa kata kita buat juga #TrashChallenge ini. Jom. -CARI |
RatuDunia94 replied at 13-3-2019 02:11 PM
Gambar yg pertama tu knp heols x amik gambar selepas kat tiang tu jugak? Jgn sekadar bungkus plastic ...
ADVERTISEMENT