CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mbeeekkk! Kambing Betina Dipilih Sebagai Datuk Bandar Fair Haven

12-3-2019 02:31 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2289| Komen: 13|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Lincoln berjaya menewaskan 15 calon lain
Lincoln dipilih menjadi Datuk Bandar Fair Haven selama setahun. Kredit foto: AP


Seekor kambing betina baka Nubia dipilih sebagai Datuk Bandar di sebuah pekan kecil bernama Fair Haven di Vermont, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Memetik laporan AP pada 7 Mac lalu, haiwan berusia tiga tahun yang bernama Lincoln itu dipilih oleh penduduk Fair Haven dalam mesyuarat pada 5 Mac.

Lincoln menewaskan 15 calon lain yang juga terdiri daripada haiwan seperti anjing, kucing dan seekor gerbil bernama Crystal.

Lincoln dikehendaki menghadiri acara-acara rasmi peringkat komuniti. Kredit foto: AP



Ia menerima 13 undi bagi mengatasi seekor anjing bernama Sammie yang beroleh 10 undi manakala semua calon lain secara keseluruhan menerima 30 undi.

Sepanjang tempoh setahun menyandang jawatan Datuk Bandar, Lincoln perlu menghadiri acara-acara setempat termasuk menyertai perarakan Hari Peringatan dengan memakai selempang yang ditempah khas.


Fair Haven yang terletak di kawasan bersempadan dengan New York mempunyai kira-kira 2,500 penduduk dan tidak mempunyai Datuk Bandar dalam kalangan manusia.

Pengurus pekan berkenaan, Joseph Gunter berkata, tradisi memilih haiwan sebagai Datuk Bandar merupakan cara yang berkesan untuk mengumpul dana bagi membina tempat permainan kanak-kanak di Fair Haven.

"Selain itu, ia membantu dalam usaha memperkenalkan konsep kerajaan tempatan kepada murid-murid sekolah rendah," katanya.

Memang unik tetapi sekiranya Lincoln diminta untuk berucap, adakah penduduk Fair Haven faham apa yang disampaikannya? - CARI


5

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 12-3-2019 02:34 PM
apa ke bodo org US ni
Quote CharlesDera 12-3-2019 02:35 PM
kebanggaan penduboq2 etis yang mengaku keturunan mereka adalah daripada binatang...wakakakakkakakaka
Quote FanTasyCreaTioN 12-3-2019 02:43 PM
Thread dah ada

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1150244&highlight=Kambing%2Bjadi%2Bdatuk%2Bbandar

Quote Malaysia.Doom 12-3-2019 03:08 PM
Edited by Malaysia.Doom at 12-3-2019 03:09 PM

Bagus Nye...Kita kena belajar respect tradisi mereka.

Unik

Tak terikut-ikut Budaya padang pasir macam Melayu tropika
Quote RatuDunia94 12-3-2019 04:21 PM
Kalo sembelih apa je heshe boleh buat??
Quote che-cikL 12-3-2019 04:33 PM
Nama tempatnya pun Fair Haven, memberi kesaksamaan sesama makhluk

Kalau Datuk Bandar mengandung & bersalin, dapat cuti tak tu?
Quote farlis 12-3-2019 04:46 PM
{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh
Amik kauuu mbeeeekkk
Quote Bedah.Cun 12-3-2019 05:13 PM
Malaysia neh pon patut lantik babi jadi PM dengan menteri2 kabinet. Siuyyyyyalll
Quote CharlesDera 12-3-2019 05:31 PM
Bedah.Cun replied at 12-3-2019 05:13 PM
Malaysia neh pon patut lantik babi jadi PM dengan menteri2 kabinet. Siuyyyyyalll

tudia...bedah mengamuk...wakakakakakakakakakaka
Quote hussaini4675 12-3-2019 09:19 PM
Bila datuk bandar pencen, jadi kambing golek le
Quote Austranesia 12-3-2019 11:02 PM
Sebagai umat islam.malaikat darjat nya lebih rendah dari manusia.sbb manusia khalifah..tapi mengangkat binatang menjadi tuan ....speechless
Quote hussaini4675 13-3-2019 06:51 AM
Austranesia replied at 12-3-2019 11:02 PM
Sebagai umat islam.malaikat darjat nya lebih rendah dari manusia.sbb manusia khalifah..tapi mengangk ...

Depa ni bukan pedulik pasal agama pun.
Quote hussaini4675 13-3-2019 06:52 AM
RatuDunia94 replied at 12-3-2019 04:21 PM
Kalo sembelih apa je heshe boleh buat??

Buat kambing bakar le

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.066195 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top