CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perarakan Hari Wanita, Helah Golongan LGBT Pertahankan Hak - Mujahid

12-3-2019 10:45 AM| Diterbitkan: Bakie| Dilihat: 3766| Komen: 9|Original author: Oleh: Bakie

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes-kes penghinaan terhadap Islam. Tidak kurang dengan itu, pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019, sekali lagi Malaysia yang merupakan negara Islam terus dicabar dengan  aktivis-aktivis yang  mendukung fahaman songsang, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

 

Golongan ini terus memainkan isu kebebasan untuk bersuara seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang iaitu Perkara 10(1)(a) dalam Perlembagaan Malaysia yang memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyat.




Terdahulu, media melaporkan lebih 1,000 orang dikatakan menyertai perhimpunan berkenaan bermula berhampiran pusat beli belah Sogo sebelum kumpulan berkenaan berarak ke Masjid Jamek.

 

Peserta perhimpunan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan sebahagian besarnya daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Women's Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) dan aktivis serta pelajar.

 

Perhimpunan yang dilihat akan berlangsung secara aman itu dicemari dengan sepanduk, teriakan dan laungan provokatif seperti  "Jangan kacau LGBT" dan "Hidup LGBT"  diiringi dengan kibaran bendera bewarna pelangi yang menjadi lambang LGBT  di peringkat dunia.


Aaba


video: Youtube

 

Perhimpunan yang  kononnya mewakili suara wanita di Malaysia itu ,menuntut kerajaan Malaysia supaya keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksualdihentikan; melarang semua perkahwinan kanak-kanak; menjamin hak-hak wanita terhadap diri dan kehidupan mereka; memastikan gaji minima RM1,800 dan menghapuskan patriaki (ketuanan lelaki) dalam masyarakat.

 

Mengulas lanjut tentang kejadian ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan helah segelintir pihak menggunakan perarakan Hari Wanita Antarabangsa bagi mempertahankan hak golongan LGBT sebagai menyalahgunakan ruang demokrasi.

 

Ujarnya lagi, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

"Mana mungkin, kita mengiktiraf ia suatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

"Malah, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan tentang perkara ini," katanya. - CARI

4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CharlesDera 12-3-2019 11:01 AM
Mengulas lanjut tentang kejadian ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan helah segelintir pihak menggunakan perarakan Hari Wanita Antarabangsa bagi mempertahankan hak golongan LGBT sebagai menyalahgunakan ruang demokrasi.


menyalah ruang demokrasi padia...polis dah announce dah kata perhimpunan tu perhimpunan haram......mana pulak ruang demokrasi....jadi menteri pun tak tau undang2 ka...bowdow...dasq tukang jilat limguanjeng..wakakakakkaka
Quote ally9970 12-3-2019 11:35 AM
SB tak inform ka in advance... ke dh tau tapi buat2 tak tau?
Quote MMlava 12-3-2019 11:41 AM
halahai

dulu dorang tuntut haq berak kat toilet, kau bagi dorang berak kat toilet pompuan siap salam2 lagi dgn bapok konon kau penyelesai masalah dunia.

bila kena kecam, uturn jerit2 kata "apa menteri agama ni bodoh sangat ke?? apa menteri agama ni bangang sangat ke???"

sekarang..............



Quote buragazz 12-3-2019 12:51 PM
Tun M larang tapip anak menyokong kuat.. kompius kita...
Quote palmolive 12-3-2019 12:55 PM
dorang berani sebab tindakan tegas kerajaan..kah kah kah kah..

bukan aku cakap..
Quote manjalara_01 12-3-2019 01:22 PM
org barat duk display gambar ovari, p*ssy, nips....korang pun sanggup je copy paste nak show off skali?..

i mean??...no shame2 at all...bangga la sgt..

bravo...

Quote Chairman 29-5-2019 02:15 PM
takda wotak punya worang
Quote am2020 30-5-2019 02:50 AM
Malaysia baru..tahniah pengundi PH
Quote dua_chzy 30-5-2019 02:52 AM
Pussy power? Seriously?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074678 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top