CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2767|Reply: 9

Perarakan Hari Wanita, Helah Golongan LGBT Pertahankan Hak - Mujahid

[Copy link]
Post time 12-3-2019 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes-kes penghinaan terhadap Islam. Tidak kurang dengan itu, pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019, sekali lagi Malaysia yang merupakan negara Islam terus dicabar dengan  aktivis-aktivis yang  mendukung fahaman songsang, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Golongan ini terus memainkan isu kebebasan untuk bersuara seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang iaitu Perkara 10(1)(a) dalam Perlembagaan Malaysia yang memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyat.








Terdahulu, media melaporkan lebih 1,000 orang dikatakan menyertai perhimpunan berkenaan bermula berhampiran pusat beli belah Sogo sebelum kumpulan berkenaan berarak ke Masjid Jamek.

Peserta perhimpunan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan sebahagian besarnya daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Women's Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) dan aktivis serta pelajar.

Perhimpunan yang dilihat akan berlangsung secara aman itu dicemari dengan sepanduk, teriakan dan laungan provokatif seperti  "Jangan kacau LGBT" dan "Hidup LGBT" diiringi dengan kibaran bendera bewarna pelangi yang menjadi lambang LGBT  di peringkat dunia.


Aaba



video: Youtube


Perhimpunan yang  kononnya mewakili suara wanita di Malaysia itu ,menuntut kerajaan Malaysia supaya keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksualdihentikan; melarang semua perkahwinan kanak-kanak; menjamin hak-hak wanita terhadap diri dan kehidupan mereka; memastikan gaji minima RM1,800 dan menghapuskan patriaki (ketuanan lelaki) dalam masyarakat.

Mengulas lanjut tentang kejadian ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan helah segelintir pihak menggunakan perarakan Hari Wanita Antarabangsa bagi mempertahankan hak golongan LGBT sebagai menyalahgunakan ruang demokrasi.

Ujarnya lagi, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

"Mana mungkin, kita mengiktiraf ia suatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

"Malah, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan tentang perkara ini," katanya. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 11:01 AM | Show all posts
Mengulas lanjut tentang kejadian ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan helah segelintir pihak menggunakan perarakan Hari Wanita Antarabangsa bagi mempertahankan hak golongan LGBT sebagai menyalahgunakan ruang demokrasi.


menyalah ruang demokrasi padia...polis dah announce dah kata perhimpunan tu perhimpunan haram......mana pulak ruang demokrasi....jadi menteri pun tak tau undang2 ka...bowdow...dasq tukang jilat limguanjeng..wakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:35 AM | Show all posts
SB tak inform ka in advance... ke dh tau tapi buat2 tak tau?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:41 AM | Show all posts
halahai

dulu dorang tuntut haq berak kat toilet, kau bagi dorang berak kat toilet pompuan siap salam2 lagi dgn bapok konon kau penyelesai masalah dunia.

bila kena kecam, uturn jerit2 kata "apa menteri agama ni bodoh sangat ke?? apa menteri agama ni bangang sangat ke???"

sekarang..............



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 12:51 PM | Show all posts
Tun M larang tapip anak menyokong kuat.. kompius kita...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 12:55 PM | Show all posts
dorang berani sebab tindakan tegas kerajaan..kah kah kah kah..

bukan aku cakap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2019 01:22 PM | Show all posts
org barat duk display gambar ovari, p*ssy, nips....korang pun sanggup je copy paste nak show off skali?..

i mean??...no shame2 at all...bangga la sgt..

bravo...

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 02:15 PM | Show all posts
takda wotak punya worang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2019 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia baru..tahniah pengundi PH
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pussy power? Seriously?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.081325 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list