CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dulu Saya Malu Dengan Rupa Saya" - Jay Iswazir

5-11-2018 05:40 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 15386| Komen: 54|Original author: Oleh: Ain

Pelakon Jay Iswazir yang merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 menerusi telefilem Aku Nazmi meluahkan rasa terkilannya pernah dipandang rendah kerana keadaan dirinya.



Kredit foto: IG Jay Iswazir

Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail mengakui dia pernah berasa malu dengan wajahnya yang berparut dan tidak sempurna berbanding rakan artis lain dalam industri.

"Sebelum ini, saya dipandang rendah dan tidak mendapat sokongan untuk berlakon kerana kekurangan pada wajah saya. Saya tak salahkan pelakon lain yang memiliki kelebihan dari segi paras rupa.

"Namun, dalam 10 tahun terakhir ini, saya lihat apa yang penting adalah jalan cerita sesuatu karya dan bukan kerana rupa paras pelakon semata-mata," katanya kepada Harian Metro.




Segala usaha dan penat lelah ditaburkan dalam drama Aku Nazmi membuahkan hasil apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.

"Lama juga saya rasa rasa rendah diri dengan kekurangan saya. Benda ini kadang-kadang buat saya malu dan mengeluh.

"Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus bekerja keras, sekali gus berpeluang menggenggam trofi ASK2018.

"Walaupun ada yang kutuk dan mengatakan saya sudah terlambat memandangkan usia saya sudah 36 tahun, saya sudah buktikan kemampuan saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Jay iaitu Polis Evo 2 yang turut memampilkan barisan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah dan Erra Fazira bakal menemui penonton pada 22 November ini. - CARI
23

Bagus
36

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
31

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 5-11-2018 05:51 PM
ekcelli muka dia tu ada parut panjang mcm kena toreh tu kan?
sapa yg tahu kenapa ek?
Quote CiliPadiSedap 5-11-2018 06:02 PM
lasagna: ekcelli muka dia tu ada parut panjang mcm kena toreh tu kan?sapa yg tahu kenapa ek?

Muka sis vokuru ada parut kesan gosok kertas pasir
Quote raihaneem 5-11-2018 06:04 PM
Tu la

Nak tau gak sejarah parut dia.
Quote Awanku 5-11-2018 06:04 PM
Tp abg berlakon mmg best bang!!
Quote delia3003 5-11-2018 06:12 PM
ada tengok jugak telefilem Aku Nazmi tu walaupun dah nak masuk tengah cerita. Memang menjadi lakonan dia. Harap lepas ni terus diberi peluang bawak watak hero.
Quote umbut 5-11-2018 06:22 PM
Selalu tgk dia bawa watak jahat.. memang jadi plus ngan parut dia...
Quote RatuDunia94 5-11-2018 06:31 PM
Hope x terus sendu la lps ni.. mostly gitu dh mng seketul award terus sendu.
Quote kaoru44 5-11-2018 07:53 PM
Ow..dh 36thn..dia blakon ok..
Tringat time2 dia program pilih kasih dulu..skali ngn suami jihan..
Even xmenang..tp dia tpilih sbagai plakon favourite juri rasanya..
Quote Nenasketum 5-11-2018 08:04 PM
Aku memey minat kamu, teruskan berkarya bro
Quote Anamia 5-11-2018 08:31 PM
Husband i mmg minat gila kat dia. Kalau cter kat astro tu byk muka dia, ulang2 pun nak tgok. Dialog dia je husband i hafal sbb katenyer tgok muka dia pun kelakor walaupun berlakon jahat. I is x pahammm
Quote lee_haru 5-11-2018 08:31 PM
Suka tgk dia berlakon dalam drama cinta 100kg..jd abg sharifah amani...kelakar....
Quote adelea 5-11-2018 08:37 PM
Anamia replied at 5-11-2018 08:31 PM
Husband i mmg minat gila kat dia. Kalau cter kat astro tu byk muka dia, ulang2 pun nak tgok. Dialog  ...

in real life dia mm pak lawak
Quote chicozinn 5-11-2018 10:54 PM
Dia ni berlakon best xkayu pn..aku stat follow dy mse dy berlakon jadi pesalah yg kne dduk dlm lokap ke penjara..xingat nme citer tu
Quote adel7 6-11-2018 11:24 AM
lasagna replied at 5-11-2018 05:51 PM
ekcelli muka dia tu ada parut panjang mcm kena toreh tu kan?
sapa yg tahu kenapa ek?

parut tu kene masa kecik. kene dawai ampai baju

Quote sofiazara 6-11-2018 11:27 AM
dia ni berlakon over
Quote Khawla 6-11-2018 12:16 PM
Alhamdulillah tahniah....
Quote laksmanabentan 6-11-2018 12:23 PM
aku rasa bisa2 aja... nak malu sgt kenapa?
tak paham aku... dari dulu lagi, balik2 alasan dia sebab muka dia buruk..
buruk sgt ker??? ramai lagi kot org yg yg huduh tapi bersyukur aja..

da ko pilih jadi pelakon kan... so hadap jer la...
da rasa malu sgt, tak yah jadi pelakon ler abg ooiii...
duk kat masjid jadi tok siak ker...

Quote inspektoremos21 6-11-2018 12:29 PM
Muka pecah ke, muka buruh kasar ke tapi kalau pandai berlakon iols ok jah
Quote damian_lee 6-11-2018 12:46 PM
lasagna replied at 5-11-2018 09:51 AM
ekcelli muka dia tu ada parut panjang mcm kena toreh tu kan?
sapa yg tahu kenapa ek?

Laaaa itu real ke? Ingat mekap sebb dia selalu blakon watak jahat ...

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042562 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top