CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Permainan Retro Klasik, Menggamit Nostalgia Zaman Kanak-kanak Era 90-An

5-11-2018 11:52 AM| Diterbitkan: MN_jarilaju| Dilihat: 9173| Komen: 34|Original author: Oleh: MN_jarilaju

Description: Anda yang lahir sekitar tahun 90-an mesti tahu akan kewujudan konsol 'permainan video petak' klasik ini atau lebih dikenali sebagai permainan pita video.
Anda yang lahir sekitar tahun 90-an mesti tahu akan kewujudan konsol 'permainan pita video' klasik ini atau lebih dikenali sebagai video game tape. 

Lebih menyeronokkan, dalam setiap pita video mengandungi pelbagai jenis permainan hingga ada yang mencecah 100 jenis permainan.


Foto: Pinterest.com

Kami kongsikan tujuh jenis permainan retro era 90-an paling popular ketika itu yang pasti menggamit nostalgia.


1. Super Mario


Foto: ABPosters


Permainan video ini antara paling popular dan bertahan lama, malah masih ada yang memainkannya hari ini. Dua karakter utama dalam permainan video ni adalah Mario dan Luigi yang mempunyai misi untuk menyelamatkan Princess Daisy. 

Macam-macam halangan akan ditempuhi apabila bermain permainan ini antaranya bertemu tentera cendawan, kura-kura berduri, bom dan bermacam-macam haiwan pelik. Terdapat juga beberapa jenis cendawan yang membantu memberi kuasa seperti membesar, bergerak laju dan api. 


2. Street Fighter


Foto: Lutris

Ini antara permainan video kegemaran budak-budak lelaki. Permainan berunsur pertarungan yang menampilkan beberapa watak pahlawan dengan kuasa tersendiri seperti Ryu, Ken, Chun Li, Blanka, Guile, Dhalsim, Honda dan ramai lagi. 

Selain daripada mod satu lawan satu, ia juga ada mod adventure di mana watak pilihan anda akan mengembara dan bertarung dengan watak pahlawan yang mewakili sesuatu tempat. 


3. Contra


Foto: Gamepedia

Permainan bergenre perang dan tembak-menembak ini juga antara yang paling popular pada zaman 90-an. Dua watak utamanya, Bill Rizer dan Lance Bean bertanggungjawab menyelesaikan misi untuk menumpaskan Red Falcon. 

Apa yang menarik tentang permainan ini adalah senapang yang digunakan mempunyai perlbagai jenis peluru ditanda mengikut huruf. Antaranya adalah M untuk Machine Gun, L untuk Laser, F untuk Fire dan S untuk Spread


4. Pac-man


Foto: The Express Tribune

Pac-man mungkin menjadi permainan klasik paling lejen! Ia mempamerkan si bulat kuning yang perlu memakan semua titik kuning dalam sebuah maze (pagar sesat) untuk meneruskan permainan dengan mengumpul mata. 

Tetapi, dalam masa sama si bulat kuning ini dikejar dan perlu mengelak daripada dimakan empat ekor hantu berwarna-warni sepanjang permainan tersebut. Pac-man boleh menewaskan hantu-hantu ni dengan memakan buah ceri yang membuatkan hantu-hantu tersebut menjadi lemah dan boleh dimakan.


5. Battle City


Foto: Emuparadise

Battle City atau lebih dikenali sebagai Tank merupak permainan strategi. Pemain perlu mengawal sebuah kereta kebal atau tank dengan mengawal markas sendiri daripada diletupkan oleh musuh dan dalam masa sama, perlu meletupkan tank musuh. 

Permainan ini juga boleh dimainkan dalam mod satu lawan satu dengan membina blok untuk mempertahankan markas masing-masing daripada pihak lawan di awal permainan dan perlu memusnahkan musuh dan markasnya untuk menang. 


6. Duck Hunt


Foto: MacUpdate

Ini antara permainan paling seronok dan melucukan untuk dimainkan. Watak pemain adalah seorang pemburu yang perlu memburu dan menembak itik yang muncul di skrin. 

Si pemburu mempunyai seekor anjing pembantu yang membantu mengutip setiap itik yang berjaya ditembak, tapi sangat menyakitkan hati apabila itik yang ditembak tidak mengena dan anjing itu akan mentertawakan kita. 


7. Excitebike


Foto: Researchgate

Satu-satunya permainan beroda dua yang popular. Permainan lumba motosikal seperti motocross di trek yang mempunyai bermacam halangan seperti bonggol, lonjakan, minyak hitam dan rumput. Apa yang menarik mengenaimya adalah cara motosikal jatuh yang tergolek-golek hingga boleh mengundang gelak tawa anda. 


Mengimbau kenangan masa kecil, kan? Siapa pernah kena rotan dengan ibu bapa kerana terlalu lama bermain permainan video? CARI
19

Bagus
21

Marah
23

Terkejut
16

Sedih
24

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 5-11-2018 12:02 PM
ini bukan kanak2 je main, org tua pun main
Quote MN_jarilaju 5-11-2018 12:27 PM
zulka replied at 5-11-2018 12:02 PM
ini bukan kanak2 je main, org tua pun main

Hahaha. Itu la pasal.
Quote RatuDunia94 5-11-2018 01:17 PM
Dulu sampaj bgaduh dgn abg sbb nk main bendalah ni.. last ayah iols sorok game ni.. haha. Selain drpd game di atas iols suka main game Jungle Book.
Quote MN_jarilaju 5-11-2018 03:12 PM
RatuDunia94 replied at 5-11-2018 01:17 PM
Dulu sampaj bgaduh dgn abg sbb nk main bendalah ni.. last ayah iols sorok game ni.. haha. Selain drp ...

Itu la pasal. Kadang2 main benda alah ni pun boleh jd punca gaduh adik beradik.
Quote arm_band 5-11-2018 03:30 PM
circus charlie
Quote MN_jarilaju 5-11-2018 03:36 PM

Ni yang main sarkas tu kan? Yang ada lompat dalam gelung api tu kan?
Quote meklalala 5-11-2018 03:39 PM
mek dibesarkan takde permainan game macam ni..cuma main game outdoor je lompat galah, teng teng, baling selipar, nyorok nyorok, coh (galah panjang), bola lubang dan lain lainnnn yang menghitamkan kulit ..hehe
Quote MN_jarilaju 5-11-2018 04:02 PM
meklalala replied at 5-11-2018 03:39 PM
mek dibesarkan takde permainan game macam ni..cuma main game outdoor je lompat galah, teng teng, bal ...

Hahaha. Ni lebih kepada indoor games dari outdoor games yang mek dan kami main masa kecik2 dlo.
Quote matkpop 5-11-2018 04:04 PM
game tape buat tv cepat rosak
Quote MN_jarilaju 5-11-2018 04:16 PM
matkpop replied at 5-11-2018 04:04 PM
game tape buat tv cepat rosak

Cepat rosak sebab ada aksi2 ganas atau main terlalu lama?
Quote RatuDunia94 5-11-2018 06:41 PM
matkpop replied at 5-11-2018 04:04 PM
game tape buat tv cepat rosak

Ha'ah kan.. pernah sekali tv rumah rosak.. pastu ayah iols x nak betulkan.. dia siap cakap.. tu la asyik main game je padan muka tv rosak.. kitaorang duk gesek2 kat mak suruh ayah betulkan sbb x nk missed fav cartoon.. haha.. sbb zaman tu ada dragon ball la, sailormoon la.. power rangers la, ultraman la etc..
Quote sapeka 5-11-2018 08:47 PM
semua iols main
best wooo
lagi satu game ninja perempuan
apa ntah namanya
best gil
ada game yg baby kepala besar bentuk love
pon best jugak

banyak lagi la kalau nak senaraikan
Quote salmon-suki 5-11-2018 10:58 PM
Super mario,pacman,street fighter,KOF,sonic tu antara fab games zmn kecik2 dlu..pstu NFS..aduhaiii...rindu lak..tekken pn sama..nostalgic sgt ni..
Quote Foxey 5-11-2018 11:02 PM
Salu main 1, 2 dan 4 je
Quote dani-rox 6-11-2018 12:06 AM
ai suka main game tenis. ai dan adik kekadang main beregu, pefeeling Serena dan Venus Williams - boleh smash kat muka lawan lg
Quote Joannalee 6-11-2018 12:33 AM
Dah Kertu.... iols Main semua ni
Quote Jorja 6-11-2018 12:44 AM
omg oldschool ya list atas tu memang game yg top top so dolu dolu I sengaja master game yg tak brpa famous mcm mappy so bila sampai turn I main,,family pun duduk fokus n lama jugala derang kena tunggu smpai game over Nak beli nintendo gameboy @shopee cantik cantik n murah
Quote batmana 7-11-2018 05:19 AM
tkde game katrij sbb tk mampu time tu
Quote lasagnaklcc 7-11-2018 09:00 AM
Alahai rindunyaaaaaaa. Syok main dgn adik beradik.

Lagi satu dongkey kong.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060007 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top