DUA lelaki disyaki menyamar polis diberkas awal pagi semalam bagi membantu siasatan kes samun dan rogol pelajar kolej di Rawang kelmarin GOMBAK 17 Sept - Keseronokan dua penyangak yang menyamar polis untuk menyamun dan merogol seorang pelajar kolej swasta tidak berpanjangan apabila mereka diberkas ketika beristirahat di rumah masing-masing di Taman Kenanga, Rawang dekat sini kelmarin. Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila mangsa dan rakan lelakinya menyewa sebuah bilik di sebuah hotel bajet di sekitar Rawang sebelum 'diserbu' oleh dua suspek berusia 25 dan 37 tahun. Salah seorang suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan. Seorang suspek kemudian membawa rakan lelaki mangsa keluar dari bilik sebelum mengugut untuk membawa rakan wanitanya ke balai polis atas kesalahan maksiat.
|
Gombak, 17 Sept : Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun bertemu dengan teman lelakinya di sebuah hotel bajet di Rawang mengundang padah apabila dia menjadi mangsa samun dan rogol dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.
ADVERTISEMENT