Polis Los Angeles telah menahan 4 orang yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri pecah rumah selebriti Hollywood antaranya rumah milik Rihanna, Christina Milan, Nicki Minaj, Derek Fisher, Emily Rossum, Chris Brown, Blac Chyna, pemain baseball Yasiel Puig dan Robert Wood. Turut dijumpai ialah senarai alamat 'bakal mangsa' lain termasuk ahli sukan Le Bron James dan pelakon Viola Davis.
Menurut polis, suspek-suspek dipercayai sebahagian daripada sindiket besar yang menyasarkan pelakon, penyanyi, atlet dan penerbit Hollywood. Polis turut mempamerkan beberapa barangan rampasan termasuk beg tangan, jam tangan dan barang kemas dengan harapan mangsa pecah masuk boleh mengenal pasti barangan masing-masing. Wang tunai sebanyak ASD50,000 turut dijumpai.
Menurut siasatan awal, sindiket ini bertanggungjawab dalam lebih dua dozen insiden pecah rumah melibatkan kehilangan bernilai jutaan dollar. Beberapa tangkapan lain akan dibuat sedikit masa lagi kata Lillian Carranza, pegawai dari Commercial Crimes Division, LAPD. Menurut polis lagi, mangsa pecah rumah dipilih berdasarkan intipan sindiket itu di media sosial selebriti terutamanya mereka yang memuat naik status jadual perjalanan, konsert ataupun ketiadaan di rumah. Sebagai contohnya rumah Robert Wood dipecah masuk selepas beliau memuatnaik status tiada di rumah untuk satu pertandingan di luar negara. Begitu juga dengan rumah Rihanna dan Milian yang disasarkan selepas memuatnaik gambar-gambar percutian mereka. Selepas menentukan sasaran, sindiket itu akan masuk ke perumahan selebriti dengan kereta dan pakaian mewah untuk melakukan intipan awal sebelum memecah masuk melalui jendela atau pintu dengan pakaian biasa dan peralatan serta senjata. Jumaat lepas polis menahan sebuah kereta yang menghala ke Selatan Los Angeles dan menjumpai senjata serta peralatan memecah masuk disembunyikan di bahagian bonet. Penumpang kereta itu Tyress Williams, 19 , Jshawne Daniels, 19, dan Damaji Hall, 18, kemudiannya ditangkap. Ibu Damaji Hall, Ashle Hall, 34 tahun, kemudiannya ditahan pada Ahad lepas kerana disyaki bersubahat. Kes pecah masuk di rumah selebriti semakin menjadi-jadi sejak dua tahun lepas. Mangsa terdahulu termasuklah pemain NBA, Nick Young dan penyanyi Alanis Morissette. Polis mengeluarkan nasihat supaya selebriti dan orang awam tidak meuar-uarkan jadual perjalanan mereka di media social untuk mengelakkan menjadi sasaran. -CARI
|
7
Bagus |
9
Marah |
19
Terkejut |
14
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT