"Orang ini betul-betul mencabar tahap Keimanan saya. Dia Mengacau hidup saya dan keluarga."
Alamak, marah betul bunyinya posting Rebecca Nur Al Islam, baru-baru ini. Siapa yang telah menguji kesabaran pelakon itu dan apa motifnya? Menerusi laman Instagram Rebecca, seorang pengguna menggunakan nama @akhbaralisyed mengintip setiap gerak-gerinya dan menyebarkan fitnah sejak setahun lalu. Malah, lebih menakutkan apabila keluarga dan teman rapat turut menjadi mangsa individu terbabit.
Lebih parah, individu misteri berkenaan turut berusaha memecahbelahkan hubungan rapatnya dengan usahawan popular dan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan. "Saya tak tahu apa masalah awak, tak tenang tengok kebahagiaan saya. "Awak tak takut ke memfitnah dan melaga-lagakan orang?" tulisnya. Hilang sabar dengan tindakan individu terbabit, Rebecca mengajak untuk bersemuka dengannya. Dalam masa sama, Rebecca meminta jasa baik orang ramai yang mengenali individu berkenaan untuk memberi maklumat kepadanya. "Siapa yang kenal pengguna IG pemfitnah @akhbaralisyed, tolong bagitahu saya siapa Dajal Dunia ini?" ujarnya. Dah, apa masalah individu berkenaan tidak puas hati dengan Rebecca sampai nak merobohkan rumah tangga Rebecca dan memecahbelahkan hubungannya dengan sahabat handai? Ada di antara pembaca mengenali individu berkenaan? - CARI
|
12
Bagus |
22
Marah |
28
Terkejut |
10
Sedih |
25
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MatDeghem replied at 26-9-2018 07:26 PM
Fake IG pun jadi masaalah besar pada dia.... dan kawan2 dia. boleh sampai nak roboh rumah tangga ker ...
ADVERTISEMENT