CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PAS Persoal Cadangan Tutup Tahfiz Tapi Bukan Kedai Arak, Premis Urut?

26-9-2018 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3503| Komen: 20

Description: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempertikaikan tindakan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mencadangkan penutupan pusat tahfiz tidak berdaftar di Kuala Lumpur.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempertikaikan tindakan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mencadangkan penutupan pusat tahfiz tidak berdaftar di Kuala Lumpur.



Kredit foto: Berita Harian

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid Samad tidak sepatutnya mengeluarkan cadangan sedemikian, sebaliknya mereka sepatutnya memberi fokus kepada penutupan lambakan premis rumah urut, pusat hiburan dan kilang haram di negara ini.

“Ramai masih menunggu pengumuman Menteri Wilayah untuk mengarahkan kedai arak ditutup selepas lebih 30 mangsa mati akibat keracunan arak baru-baru ini.

“Ini berikutan reaksi kilat Menteri Wilayah mengarahkan semua pusat tahfiz tidak berdaftar di Kuala Lumpur ditutup kerana ada kes LGBT yang terlantik atau menyamar sebagai pengetua tahfiz melakukan jenayah seksual terhadap pelajarnya meskipun kes itu masih dalam proses pembicaraan.

“Beliau sepatutnya memikirkan cara untuk membantu pusat pendidikan tidak berdaftar, seperti tahfiz yang mendidik dan beroperasi melahirkan ratusan anak muda berakhlak dan penuh dadanya dengan al-Quran. Bukan mencari alasan untuk menutupnya,” katanya dalam sebuah kenyataan seperti dipetik daripada Sinar Harian. - CARI

11

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sinalegna 26-9-2018 05:49 PM
Arak buat duit ler, tax tinggi.. bagi deme gaji
Quote roy3 26-9-2018 05:53 PM
Lobai divert isu pusat tahfiz ada lesen ka xda?kedai arak ada lesen taw
Quote roy3 26-9-2018 05:54 PM
Sama ja cite lobai

Hukum individu bersalah, bukan tutup pusat tahfiz
RAHAYU MUSTAFA
26 SEPTEMBER 2018
Hukum individu bersalah, bukan tutup pusat tahfiz
Satiful Bahri Mamat
A- A+ (Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU - "Takkanlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar?" Demikian reaksi  Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi  Kuala Terengganu, Satiful Bahri Mamat berhubung cadangan kerajaan untuk menutup pusat tahfiz yang pemilik atau pengetuanya terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap pelajar.

Menurut Satiful Bahri, dalam kes seperti itu yang bersalah adalah peribadi individu itu sendiri sama ada dia bergelar guru, pengetua mahupun pemilik pusat tahfiz.



Atas dasar itu katanya, warga pusat tahfiz secara keseluruhannya termasuk tenaga pengajar, pelajar dan orang persendirian yang menderma untuk operasi pusat tahfiz tidak sepatutnya menerima kesan atas perbuatan keji individu terbabit.

"Kenapa apabila ada kes orang mati sebab minum arak, kerajaan tak arah kilang arak ditutup, tetapi sebab satu kes gangguan seksual di pusat tahfiz, kerajaan nak arah pusat tahfiz ditutup? Kalau berlaku kes liwat di balai polis adakah kerajaan akan tutup balai polis?

"Dalam isu seperti ini, yang bersalah adalah seorang individu, tidak kiralah pemilik, pengetua atau guru pusat tahfiz dan kita pun tidak bersetuju dengan perbuatan tidak bermoral.

"Tapi mana boleh apabila berlaku kes sebegini terus nak tutup pusat tahfiz. Habis bagaimana nasib pelajar, tenaga pengajar dan pihak yang menyalur dana untuk operasi pusat tahfiz?," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, hari ini.

Satiful Bahri berkata, kerajaan negeri mengakui kejadian seumpama itu mencemarkan imej Islam namun sebarang tindakan yang mahu diambil haruslah munasabah.

"Kes sebegini satu dalam seribu. Kita kena ambil tindakan munasabah dengan menghukum individu yang bersalah, bukan menghukum orang lain yang tidak sepatutnya menerima kesan," katanya.

Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak menutup terus sekolah tahfiz sekiranya pengetua atau pemilik didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap pelajar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tutup terus sekolah tahfiz pengetua songsang]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kes liwat, DBKL tutup pusat tahfiz di Kepong]

Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan keji itu bukan sahaja mencemarkan institusi tahfiz dan menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap institusi itu tetapi memburukkan imej Islam.

Ia susulan kes seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur, yang ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan penuntut berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu
Quote roy3 26-9-2018 06:22 PM
Bile lobai divert isu nmpk benar bodo nye

DBKL shuts down tahfiz school in Kepong
Bernama
25 Sep 2018, 8:38 pm (Updated 25 Sep 2018, 8:43 pm)

A A
Kuala Lumpur City Hall (DBKL) will close down the tahfiz centre in Kepong which was found to be unregistered, Federal Territories Minister Khalid Samad said today.

Khalid said the move was to ensure the safety and welfare of students as well as to preserve the image of the Islamic religious institutions.

“We do not want any tahfiz centres to be given exemption just because they are religious institutions, they must still register with DBKL and the Federal Territory Islamic Religious Department (Jawi).”

Editor's Pick

PKR’s membership spike sparks concern ahead of polls
“We will also come up with stricter rules for boarding schools especially tahfiz schools,” Khalid told reporters after opening the Federal Territory Strata Community Mediation Centre (PMKS WPKL) in Kuala Lumpur today.

He said it was the responsibility of parents to check the status of tahfiz centres if they plan to enrol their children in the institution.

“DBKL will also be working with Jawi to monitor all tahfiz centres that are still operating in the capital.

“If found unregistered, we will not hesitate to take action,” he said.

Yesterday, Minister in the Prime Minister's DepartmentDr Mujahid Yusof Rawa said that they were powerless to close down illegal tahfiz centres in Kuala Lumpur as they were under the jurisdiction of DBKL.

This comes in the wake of the arrest of a tahfiz centre principal in Kepong for allegedly sodomising nine students, aged 11 to 16 years. The centre was found to be operating illegally.


Meanwhile, Khalid said PMKS WPKL will act as a local mechanism in solving problems or disputes among occupants of strata residential properties if it involves matters outside the parameters of the Strata Management Act 2013 (Act 757).

“Examples of neighbourhood strata problems, such as noise and odour, boundaries, parking lots, garbage disposal will be managed with the help of mediators.

“Nineteen community mediators from the National Unity and Integration Department will handle strata cases brought to PMKS,” he said.

He said PMKS will start operating next month for three days, namely Monday, Wednesday and Friday from 9am to 5pm at Menara PT80 in Kuala Lumpur.

- Bernama
Quote nikaido 26-9-2018 06:50 PM
Bila berdaftar, akan ada pemeriksaan. Bomba dtg check, KKM dtg check, kementrian pelajaran check. Nak mengaudit pun mudah. Bila xberdaftar, nak buat kawalan pun susah. Tauke tahfiz songlap duit pun org taktau, budak2 kena paksa jual barang pun taktau. Bangunan xikut spec keselamatan pun taktau. Sedar2 dah terbakar. Duk pusing ke kilang arak pulak. Kilang ada lesen ikutlah kl dia nak jual arak pun. Nama tahfiz tp kaedah yg haram tu jugak nak diikut
Quote zidane_ziege 26-9-2018 08:06 PM
Kedai arak tak berlesen pon boleh ditutup..

Register la..senang nk dipantau..

Itu pun nk jd isu..
Quote leylapple 27-9-2018 09:04 AM
zidane_ziege replied at 26-9-2018 08:06 PM
Kedai arak tak berlesen pon boleh ditutup..

Register la..senang nk dipantau..

khen.....

simple logic pun takleh fikir....

arak palsu baru2 nie bukan keluaran kilang yang berdaftar...entah kilang ker rumah mana yang jadi tempat pemprosesan tu....

sejak kes tahfiz tak berdaftar tempoh hari dah beberapa byk kerajaan nak tutup pusat tahfiz pun masih muncul beberapa lagi yang tak berdaftar...siap ada kes liwat lagi..baik sebelum PRU tempoh hari sampai lah skrg sampai ada extrimis agama tak blh nak berfikir dgn logik...


Quote FOTHER-MUCKER 27-9-2018 09:08 AM
Lobai dengan kebodohan tak boleh dipisahkan!
Quote kasibiman 27-9-2018 09:37 AM
Lobai. Prffthhhh.
Quote zidane_ziege 27-9-2018 12:06 PM
leylapple replied at 27-9-2018 09:04 AM
khen.....

simple logic pun takleh fikir....

Kedai arak tu org tua bangka nk mampos yg pegi..dh boleh ada otak boleh fikir sendiri..

Mak bapak budak tahfiz ni klu ada otak cari la pusat tahfiz yg berdaftar..kau nk ltk anak kau dgn ntah sapa2..check2 la sikit..

Menteri agama ni selain cuma pandai nk tutup sekolah cuba bincang2 sket dgn menteri pendidikan tu mcm mana nk buat sekolah tahfiz yg proper sket. Yg ada bangunan..yg cikgu boleh dibagi gaji..
Quote cmf_shalom 27-9-2018 12:29 PM
Edited by cmf_shalom at 27-9-2018 12:36 PM

Kedai yang jual arak palsu/tidak berlesen dengan sekolah agama yang tiada lesen sama-sama illegal. Dua-dua patut tutup..

If skit2 nak guna sentimen agama...susah la encik...

Sepatutnya orang yang beragama ni la lagi patut menjadi contoh kpd orang lain..jadi warganegara yang baik..patuh kepada undang2..ini tidak menjadi contoh untuk aktiviti tidak berlesen...




Quote armin 27-9-2018 02:16 PM
Cakap mcm xde non muslim je kt negara ni. Memang ptut tutup pun kalau lesen takde keje asyik nak meliwat bdak je
Quote Mata.kucing 27-9-2018 02:39 PM
Tutup jer yg xbdaftar
Quote ultraline 24-10-2018 12:42 AM
dont be lik n.a.t.o
Quote FOTHER-MUCKER 24-10-2018 01:47 AM
roy3 replied at 26-9-2018 02:22 AM
Bile lobai divert isu nmpk benar bodo nye

DBKL shuts down tahfiz school in Kepong

Lobai sememangnya telah di larirkan bodo!
Quote edee_91 24-10-2018 01:59 AM
FOTHER-MUCKER replied at 24-10-2018 01:47 AM
Lobai sememangnya telah di larirkan bodo!

kalau otak mereka berfungsi, mereka takkan jadi lobai.
Quote obses_budak 12-12-2018 11:18 AM
Kenapa suka bnding kan bnda yg lebh rendah taraf nya... catgry berbeza..pusat tafiz vs kedai arak..kau dh kenapaaa??
Knp tk banding kan gn pusat tafiz berlesan n proper dr segi kselamatan dll...
Quote pyropura 12-12-2018 11:21 AM
Sebab ada kalanya pusat tahfiz lagi bahaya dari kedai arak, kalau dah berbelas2 mati ... dan ada dengar tokey kedai arak dera atau sodomi pekerja?  
Quote sayang_mulut 12-12-2018 11:32 AM
habis kalau tutup kedai arak.macam mana nak bg duit pada kelantan nak bayar gaji.. aiyooo

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.107086 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top