CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Anak Menangis, Ibu Mabuk Tikam Bayi 8 Bulan

26-9-2018 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2808| Komen: 7

Padah mabuk, seorang wanita dituduh melakukan cubaan membunuh selepas didakwa menikam anaknya berusia lapan bulan kerana tidak berhenti menangis.

Memetik The Sun, Adelina Khairnasova didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anaknya, Tolik di sebuah bandar di Urussu, sebelah barat daya Russia.



Sebelum kejadian, Adelina dilaporkan minum arak bersama teman lelaki dan seorang rakan wanita di rumahnya, sementara bayi malang itu tidur di dalam bilik.

Difahamkan, mangsa terjaga pada tengah malam dan menangis selepas berlaku pertengkaran di antara tertuduh dan kekasihnya yang tidak didedahkan namanya.



Berang dengan tangisan Tolik, Adelina didakwa menuju ke bilik mangsa dengan sebilah pisau sebelum menikam bayi itu beberapa kali di leher dan perut.

Rakannya yang juga tidak dinamakan dikatakan menarik Adelina untuk menjauhkannya daripada mangsa sebelum menghubungi ambulans.

Tolik mengalami beberapa kecederaan, tetapi lukanya tidak dalam dan tidak menjejaskan organ dalaman. Selepas dirawat, mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk dipantau.

Bayi malang itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka pulih dengan baik.


Kredit foto: The Sun

Adelina berdepan tuduhan melakukan cubaan membunuh dan dijatuhkan hukuman tahanan rumah selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Berikutan itu, tertuduh dijangka kehilangan hak penjagaan anaknya yang kini dalam jagaan pekerja sosial. - CARI
19

Bagus
17

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokmuda 26-9-2018 01:11 PM
arak membunuh

haramkan straw plastik

Quote lantodak 26-9-2018 01:18 PM
Gila.awat tak tusuk bf tu..kesian anak..bodo nya pompuan ni{:dot{:dot
Quote mieymiey 26-9-2018 01:47 PM
Bila dah mabuk
Quote shernazz 26-9-2018 03:01 PM
Tengok nama dia
Teringin plak nak minum air soya..
Quote juruterra 26-9-2018 04:10 PM
gila meroyan
Quote allysumc 29-11-2018 02:50 AM
x mabuk pun klu anak asik menangis mmg depress dbuat nye...anak i jenis high needs baby...sentiasa nk perhatian, didukung, suka nangis..haihh..nasib la masih kuat iman
Quote faraway1 29-11-2018 07:56 AM
macam sini juga..

winter lepas, orang awam jumpa stroller
baby dekat park, tapi tiada baby, curious betul dorang,
so call polis..

polis buat siasatan sampai jumpa mayat baby dalam tong sampah..
kes sama juga.. bf marah sebab anak asyik nangis...

kes baby ni buat satu bandar menangis...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.537912 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top