Sekali tengok macam Neelofa, dua kali tengok macam Fazura. Eh, bila tengok berkali-kali ada iras Izara Aishah dan beberapa artis Malaysia lain!
Baru-baru ini, World Health Organization (WHO) menerusi laman Twitter berkongsi sebuah video kempen kesedaran mengenai masalah kemurungan. Namun, apa yang menarik perhatian adalah duta kempen itu dikatakan memiliki iras wajah Neelofa dan Fazura! Malah, suara dan lenggok bicaranya juga persis pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa. Cara cakap sebiji Lofa! Rata-rata netizen bersetuju wajah Ratu Cantik Filipina dan Ratu Cantik Antarabangsa tahun 2016, Kylie Fausto Verzosa memiliki raut wajah gabungan dua selebriti hangat tanah air itu. Muka Neelofa, gaya Fazura Malah, ada juga suara nakal memetik nama suami Fazura, kononnya Fattah Amin terlambat memilih Kylie. "Patutnya Fattah Amin pilih Kylie Verzosa . Tak payah susah-susah gaduh," canda netizen. Dalam masa sama, ramai juga mendakwa pelakon Filipina itu turut memiliki iras wajah serupa Izara Aishah, Maya Karin, Tya Ariffin dan beberapa selebriti Malaysia. Artis satu Malaysia dia mix! Tak kisahlah wajahnya lebih mirip Neelofa atau Fazura, yang penting Kylie ni memang cantik dan bijak! - CARI
|
14
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cik-jaja replied at 25-9-2018 07:25 AM
karang tak pasal ada peminat fanatik dua2 ni perang sebab samakan lopa dgn pajura
kiah_mai_pulak replied at 25-9-2018 03:30 PM
WIn sgt gmbr jahbirah lonely pegang frame gambr nikah fattzura
Redhead replied at 25-9-2018 03:21 PM
Jahzouk pgang gmbar nikah tu tak boleh blah betul..
mizruncing replied at 25-9-2018 03:47 PM
tapi npk biasa je. tak cantik sgt pn. lain sbb dia mix je
RatuDunia94 replied at 25-9-2018 05:42 PM
Sheols dh ada boyfriend.. lg hot.. setakat fattah koser heols nk pandang..
ADVERTISEMENT