Hanya disebabkan tidak sama taraf dan status, gadis kelahiran Perancis bernama Blanche Monnier telah dihukum oleh keluarganya sendiri dalam bilik yang dipenuhi najisnya sendiri serta tikus dan kutu. Kisah tragis ini berlaku pada abad ke - 19, apabila gadis cantik ini telah terjatuh cinta dengan seorang peguam kelas bawahan. Sehingga pada suatu hari, Blanche telah dilaporkan hilang dan tidak dapat ditemui. Keluarganya dikatakan siap berkabung atas kehilangan Blanche dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Namun begitu, kehilangan Blanche telah mengejutkan pihak polis yang secara tiba tiba telah menerima surat misteri daripada orang yang tidak diketahui.
Kredit Foto : Google Surat itu bertulis " Saya mempunyai kehormatan memaklumkan tentang kejadian yang sangat serius. Saya bercakap tentang seorang wanita yang belum berkahwin yang dikunci di rumah Madam Monier dalam keadaan hampir mati kelaparan & tinggal dengan sampah tercemar dan dalam kotorannya sendiri, sejak 25 tahun" Polis membuat serbuan ke rumah keluarganya dan terkejut melihat keadaan Blanche yang sangat lemah di atas katil yang dipenuhi najisnya sendiri dan makanan busuk. Pegawai polis juga menyifatkan keadaan Blanche yang sudah terlalu lama tidak melihat cahaya, Blanche sentiasa menutup matanya menggunakan tangan kerana terlalu silau. Kredit Foto : Google Blanche ketika ditemui hanya mempunyai berat badan sebanyak 55 pound. Selepas ditemui, ibu Blanche terus ditangkap polis. Ramai tidak menyangka dalang di sebalik kejadian adalah ibu nya sendiri kerana ibunya aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan serta pernah menerima anugerah dari Committee of Good Works kerana sumbangannya yang besar untuk Paris. Kredit Foto : Google Setelah 15 hari dalam penjara, ibunya meninggal dunia. Seorang saksi menyifatkan keadaan sebagai "Wanita malang itu ditemui dalam keadaan telanjang di atas tilam jerami yang busuk. Di sekelilingnya terbentuk semacam kerak dari najis, serpihan daging, sayuran, ikan dan roti busuk" Kredit Foto : Google Blanche kemudian ditempatkan di sanitarium dan menghidap penyakit lasting psychological sehingga beliau meninggal dunia disebabkan kejadian tersebut. Pengirim surat itu masih lagi tidak diketahui identitinya namun spekulasi mengatakan ianya merupakan kiriman daripada adik ketiganya yang tidak sanggup melihat kakaknya terseksa di ruang kecil itu. -CARI Kredit : @sheik_anon (twitter) |
17
Bagus |
30
Marah |
22
Terkejut |
20
Sedih |
25
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT