Tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki baik hati mendermakan sejumlah wang bagi membantu membiayai yuran pengajian seorang penuntut Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCeD).
Rintihan pelajar itu memohon bantuan pinjaman menarik perhatian Mohd Nasri Abdul Rahim. Sesiapa yang baik hati, tolong bantu saya "Kena bayar sebelum Isnin untuk menduduki peperiksaan akhir tahun," rintih Nur Rabiatul Adawiya. Sempena bulan mulia Aidiladha, Mohd Nasri terpanggil untuk membantu Nur Rabiatul dengan memberi RM2,500 kepada pelajar berkenaan.
Hadiah sempena Aidiladha Terharu dan bersyukur dengan pemberian itu, Nur Rabiatul berjanji tidak akan mensia-siakan 'hadiah' daripada Mohd Nasri sekeluarga. Ramai netizen tidak menyangka masih ada insan berhati mulia seperti Mohd Nasri hari ini dan mendoakannya supaya dilimpahi rahmat Tuhan. Dalam masa sama, ramai juga mengingatkan Nur Rabiatul supaya tidak melupakan jasa Mohd Nasri apabila berjaya kelak. Bagaimanapun, ramai juga yang 'panas hati' serta menyifatkan tindakan individu berkenaan seperti meraih simpati. Orang lain tak pernah sambung belajar ke? Pandangan setiap orang berbeza. Tetapi, mengapa perlu berasa iri dengan mereka yang menerima bantuan dengan mudah? Bukankah itu rezeki masing-masing? - CARI
|
50
Bagus |
50
Marah |
43
Terkejut |
49
Sedih |
40
Lawak |
48
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 27-8-2018 03:13 PM
UMCCED ni bukan ke untuk part timer je? Mostly yang enrolled kebanyakannya orang yang dah bekerja, s ...
poison_ivy replied at 27-8-2018 07:49 AM
yes..setahu saya macam tu lah..yang belajar situ kebanyakannya yang dah bekerja..kelas dia cuma we ...
ADVERTISEMENT