CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buat Kejutan Muncul Di Tempat Awam, Betulkah Ini Putera Harry Dan Meghan Markle?

28-8-2018 11:05 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4382| Komen: 15|Original author: Oleh: Suzy

Description: Meghan Markle dan Putera Harry adalah dua wajah yang paling dikenali di dunia pada masa ini. Walaupun berada di bahagian depan akhbar dan majalah di seluruh dunia, pasangan pengantin ini lebih sukakan ...


Meghan Markle dan Putera Harry merupakan dua wajah yang paling dikenali di dunia pada masa ini. Walaupun berada di bahagian depan akhbar dan majalah di seluruh dunia, pasangan ini lebih sukakan privasi dan sangat jarang dilihat bersama melainkan ketika lawatan rasmi.




Foto: Mirror UK

Namun, Duke dan Duchess of Sussex itu baru-baru ini dilihat santai bersiar-siar di taman dan makan tengah hari di pub, justeru menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam.  

Ternyata, orang awam sebenarnya tersilap pandang. Kelibat yang dilihat di tempat awam itu sebenarnya adalah patung lilin yang dihasilkan Madame Tussauds London.





Figura ini pertama kali diperkenalkan pada peringkat akhir Britain Got Talent Jun lalu dan kini menjadi antara tarikan pelancong di London. 

'Pasangan' itu kini mengambil sedikit masa untuk bersiar-siar di sekitar ibu kota. Mereka juga dilihat memanggil taksi, membawa haiwan peliharaann mereka bersiar-siar di sekitar Battersea Park serta berhenti makan tengah hari di pub The Sands End, lokasi kegemaran Putera Harry.




Foto: Mirror UK

Steve Davies, pengurus besar di Madame Tussauds London berkata, "Figura Harry dan Meghan telah menarik dan menghiburkan ramai pengunjung sejak pelancarannya pada awal tahun ini. Jadi, kami fikir ia adalah masa yang tepat untuk kami membawa tarikan ini di tempat lain di sekitar London."

Buat masa ini, seperti kerabat diraja lain Meghan dan Harry sedang berehat daripada sebarang tugas rasmi sempena musim panas. - CARI
22

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
21

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote C1k_J4h 28-8-2018 11:18 AM
muka meghan nampk sgt patungnye
skeri plak tu
Quote sufi^_^ 28-8-2018 11:21 AM
C1k_J4h replied at 28-8-2018 03:18 AM
muka meghan nampk sgt patungnye
skeri plak tu

Betul, kalau letak kat madame tussaud tak tau yang mana patung yang mana ori.
Quote meisapoya 28-8-2018 11:25 AM
Apasal patung meghan ni nampak tembam? Dan nampak tak real.
Quote Artemesiaa 28-8-2018 11:29 AM
Menarik ideanya walaupun hasilnya cam tak berapa tepat
Quote fff_cat 28-8-2018 11:34 AM
Aksi beagle itu sungguh adorable..
Quote crazypink 28-8-2018 11:36 AM
scary la tgk muka patung meghan tuh
Quote saviour_09 28-8-2018 11:39 AM
takut aku tengok si meghan
terlebih wax kot
harry pulak kepala besar
adoi
Quote gummiebear 28-8-2018 12:08 PM
Patutla nampak cam pelik
Quote lasagnaklcc 28-8-2018 12:11 PM
Aritu ada keluar kat britain's got talent. Rasanya kepala je kot yg patung. Sbb tu expression muka sepesen.
Quote dekmieDandy 28-8-2018 12:17 PM
kembangnye kepala meghan
Quote RatuDunia94 28-8-2018 05:32 PM
Patungnya xde leher.. Tu nampak pelik
Quote men_cari 28-8-2018 05:42 PM
meghan nmpk sgt patung nyaa
Quote paz 28-8-2018 05:47 PM
Meghan ni berisi yer.
Quote Mizlyn 28-8-2018 05:49 PM
Cucuh hairdryer cair masing2
Quote chinta89 29-8-2018 10:44 AM
2 gmbr last tu nmpk kejung

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.342202 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top