Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan firma tukang emas Lubnan bahawa dia membeli barangan kemas daripada syarikat berkenaan.
Memetik BH Online, perkara itu dimaklumkan peguamnya, Datuk M Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram menerusi kenyataan media. "Kami merujuk kepada laporan media mengenai saman sivil yang difailkan Global Royalty Trading Sal (GRT) terhadap anak guam kami.
"Terdapat dakwaan yang tersebar bahawa barang kemas disenaraikan syarikat itu dibeli dan menggunakan wang yang dicuri. Tuduhan itu tidak benar dan tidak berasas. Kami akan mengambil tindakan diperlukan bagi melindungi kepentingan anak guam," katanya. Tambah kenyataan itu, Rosmah mahu melihat barangan yang disita bagi mengenal pasti barangan miliknya memandangkan barangan anak perempuan dan menantunya turut dirampas dalam serbuan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Bagi keadilan, Rosmah wajar diberi kebenaran mengenal pasti harta benda dan barangan miliknya. "Kami berharap, PDRM bersikap adil terhadap anak guam kami dan semua proses dipatuhi mengikut peruntukan sewajarnya," katanya. Menurut laporan, Pejabat Peguam Negara, semalam mengemukakan permohonan menjadi pencelah dalam kes saman GRT terhadap Rosmah atas alasan kesemua 44 barang kemas yang dituntut firma berkenaan adalah milik kerajaan yang dibeli menggunakan wang curi. - CARI
|
30
Bagus |
34
Marah |
27
Terkejut |
30
Sedih |
17
Lawak |
40
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
armin replied at 11-7-2018 11:01 AM
Ada duit tak tu nk byr 60 juta? Asyik nk saman org balik je keje. Byk pulak duit byr lawyer? Lawyer ...
armin replied at 11-7-2018 11:01 AM
Ada duit tak tu nk byr 60 juta? Asyik nk saman org balik je keje. Byk pulak duit byr lawyer? Lawyer ...
munchkin replied at 11-7-2018 12:46 PM
I tahu je ada org cam rosmoh ni. Anak laki suruh simpan jewellery (isteri punya). Dirembat kasi anak ...
namieamuro replied at 11-7-2018 01:55 PM
eh bole cenggitu..abes tuan pnye jewellery x amok ke
ADVERTISEMENT