Teknologi terkini boleh dikatakan semakin canggih dan sukar diterima akal. Betul ke letak saja batu, air boleh jadi sejuk macam ais? Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sebuah kedai barangan harga murah menawarkan batu sebagai pengganti ais. Batu ini dikatakan berasal dari batu asli yang disebut granite dan mampu menyejukkan air. Idea menggunakan batu semula jadi sebagai pengganti ais ini pertama kali diperkenalkan oleh syarikat dari Jepun. Penggunaan batu ini dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Nik Nazwan.
Menurutnya, batu yang dijual dengan harga murah ini sangat mudah didapati dan selamat digunakan. Cara mengendalikannya juga amat ringkas iaitu dengan hanya meletakkannya di bahagian sejuk beku selama tiga jam atau lebih. Batu yang dikenali sebagai stone ice cube ini juga boleh dikitar semula. Maksudnya, anda masih boleh menggunakannya berulang kali. Kelebihan menggunakan batu ini adalah bentuk dan sifatnya tidak akan terjejas serta tidak mengurangkan kemanisan air minuman. Bukan itu sahaja, batu ini juga merupakan batu natural yang tidak larut dan tidak mempunyai bahan kimia serta tidak mempunyai kesan sampingan. Menggunakan batu ini memang memudahkan. Bukan sahaja menjimatkan ruang di dalam peti sejuk, malah menjimatkan masa. Cuma akan menjadi masalah kepada golongan pemakan ais. Mungkin mereka perlu berhati-hati selepas ini. Bimbang gigi pula yang berderai nanti. - CARI
|
20
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gerbera.memopad replied at 9-7-2018 02:46 PM
Tapi lepas habis minuman, aku suka gigit ais so kalau pakai batu ni tak boleh la gigit2
RatuDunia94 replied at 9-7-2018 07:13 PM
Tp x berat ke? Kang nk buat air satu jag x terangkat plak..
ADVERTISEMENT