Iqram Dinzly malu dengan perkara bodoh yang pernah dilakukan sebelum ini hingga menjadi bahan kecaman netizen beberapa bulan yang lalu.
Dia mengakui perbuatan jeliknya dulu memberi kesan kepada diri, keluarga dan kerjaya hingga ada yang mengatakan dia sudah menyimpang dari akidah agama. "Saya tidak kisah apabila dianggap sudah tidak siuman kerana hanya saya tahu, apa yang saya rasa. Apabila tersedar, saya malu dengan perbuatan sendiri. Saya bukan lagi Iqram Dinzly yang dulu. "Terdetik juga di hati, apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya terperangkap dan terpinga-pinga kerana tidak percaya dengan apa yang saya buat. "Cukuplah, saya tidak mahu buat kerja gila lagi. Dulu, saya fikir boleh berkongsi apa yang dilalui dengan khalayak, tetapi saya silap. Orang sekeliling tidak faham apa yang saya rasa," katanya pada Berita Harian online.
Dia amat kesal dan tidak akan mengulangi perbuatan mengarut itu lagi. Dia bersyukur kerana doa ibunya menjadikan dirinya kembali berubah seperti Iqram yang dulu. "Saya lupa, saya adalah selebriti. Saya tidak mampu melawan persepsi orang luar apabila diri tidak lagi terurus seperti ketika saya dikenali. "Saya percaya doa mama, Lalitol Akmar Mohamed Shaffie, 68, membuatkan saya kembali ke pangkal jalan. "Selama ini, saya lihat mama 'okay' dan sering menegur dengan cara baik. Saya tidak perasan dia sebenarnya susah hati. Perbuatan saya memberi kesan sangat besar kepadanya dan keluarga. Mama sangat tabah kerana ketika diuji kehilangan suami, terpaksa pula berdepan dengan anak yang berperangai pelik dan gila. "Saya sudah tidak sanggup melihat wajah mama yang sugul dan tidak ceria. Saya mahu menjadi Iqram Dinzly dulu yang sentiasa membahagiakan mama," katanya. Dalam pada itu, dia sempat memohon maaf kepada semua atas kesilapannya yang terlalu mengikut emosi dan mengguris perasaan orang lain. Tidak mengapalah Iqram. Tiada manusia yang terlepas dari membuat kesilapan. Apa yang penting adalah kesedaran dan istiqomah untuk melakukan kebaikan. - CARI
|
3
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
18
Sedih |
16
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
anony-mous replied at 3-7-2018 03:38 PM
Aik??
Dah x ambik brg ke? Atau sedar buat benda2 mengarut still x femes jgk??
prettyuglybabe replied at 3-7-2018 03:55 PM
pergi la umrah balik pakai tudung..
nanti ramai la yang menyokong..
prettyuglybabe replied at 3-7-2018 03:55 PM
pergi la umrah balik pakai tudung..
nanti ramai la yang menyokong..
ADVERTISEMENT