Hari Raya inilah masa masing-masing berlumba ingin bergaya cantik dan berseronok dengan keluarga dan rakan-rakan setelah sebulan berpuasa. Tapi tidakkah terbantut rasa seronok bila baju raya yang dibeli dengan harga yang mahal tetapi tidak berkualiti? Hangat di Twitter, beberapa orang pengguna meluahkan rasa terkilannya bila baju yang baru sekali dipakai sudah terkoyak. Rupanya ramai lagi yang mengalami nasib yang sama, mereka mengadu harga beratus-ratus tetapi kualiti tak setanding Namun ada juga yang tidak bersetuju dan menyalahkan pengguna kerana tidak pandai menjaga baju yang dibeli. Kata mereka baju yang mahal haruslah dijaga dengan lebih berhati-hati. Mereka juga selalu beli baju dari butik tempatan namun tidak pernah mengalami masalah seumpama itu. Sepatutnya bila masyarakat sudah mula menyokong dan memilih keluaran produk dari anak Malaysia, mereka kenalah sentiasa menjaga kualiti. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pengguna mengadu tentang kualiti kain sampaikan ada yang mengamuk di butik. Ada yang pernah mengalami nasib yang serupa ke? -CARI
|
friedfishsoup replied at 22-6-2018 03:34 PM
Tweets, comment2 kat IG pun dah boleh buat article eh wartawan?
ADVERTISEMENT