Kerajaan Pakatan Harapan(PH) mungkin bercadang had umur mengundi rakyat negara kita diawalkan daripada 21 tahun ke 18 tahun.
Semalam ketika ditemubual Malay Mail, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, minat dan kesedaran politik di kalangan orang muda negara ini semakin meningkat sepanjang musim pilihan raya umum lalu. Tun Mahathir yakin golongan muda yang sudah berumur 18 tahun mampu membuat penilaian yang tepat berikutan tahap pendidikan yang diterima turut membolehkan mereka berfikiran matang, oleh itu beliau berpendapat cadangan itu wajar dipertimbangkan. “Kita ikut amalan negara lain. Merendahkan umur dari 21 kepada 18 tahun satu langkah besar, tetapi ia satu pengiktirafan kerana rakyat semakin bijak dan boleh membuat pertimbangan.”
Antara negara yang membenarkan pengundi berdaftar seawal 18 tahun adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, India dan Iran. Sementara di Asia Tenggara, negara Thailand dan Filipina sudah melaksanakannya. Di Malaysia, umur matang adalah 18 tahun, bermaksud seseorang individu boleh memandu, berkahwin, menandatangani kontrak dan boleh dibicarakan di mahkamah. Namun Artikel 119(1) Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan rakyat yang mencecah umur 21 tahun sahaja layak mengundi.- CARI |
10
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
5
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
If you can be tried in criminal court as an adult at 18, there is no reason why you cannot vote at that age, said Pakatan Harapan chief secretary Saifuddin Abdullah.
ADVERTISEMENT