CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Izara & Caprice Respek Pemimpin BN - "Hishamuddin Tun Hussein Berpotensi Jadi PM"

11-5-2018 03:00 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10455| Komen: 39|Original author: Oleh: Azza


Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan perubahan drastik dalam sikap rakyat Malaysia. Tidak terkecuali golongan artis yang berlumba-lumba menyatakan taat setia kepada kepimpinan baru.

Namun tidak bermakna kita terus melupakan yang lama. Ada pemimpin yang berdedikasi harus dihormati kerana jasa mereka dalam menjalankan tugas sepanjang sepenggal yang lalu. Izara Aisyah dan Caprice dalam akaun Instagram masing-masing turut memberikan ‘respek’ kepada pemimpin yang menjalankan tugas dengan baik.

Izara Aisyah mengucapkan terima kasih atas jasa bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kepada negara dan juga tahniah atas kemenangan di Parlimen Sembrong, Johor.

Dalam kapsyennya, Izara memuji kepimpinan Hishamuddin dan tak perlukan komen orang lain kerana pendiriannya itu. Malahan siap dengan tanda pagar #TunMahathirforever #BNdihati dan #cumatidaksetujudenganDSNajib. Bagaimanapun Izara menutup ruangan komen supaya netizen tidak berbalah di situ.


Foto : IG Izara Aishah


Sementara itu, Caprice pula dalam video pendek di Instagram menyatakan yang dia bukanlah menyertai mana-mana parti politik sebaliknya amat meminati kepimpinan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang bagus seperti Khairy Jamaluddin, Dato' Seri Utama Mohamad Hasan atau dikenali dengan Tok Mat dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Dalam video tersebut, Caprice memberitahu yang idea dan jasa ketiga-tiga pemimpin tersebut sangat dihargai kerana menyuntik pembaharuan dalam bidang masing-masing. Malahan peluang bertemu dan berkerjasama dengan Hishamuddin membuatkan dia berasa bekas Menteri itu berpeluang menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. 



Tidak lupa memuatkan tahniah kepada pemimpin yang disegani, ‘The Godfather of Malaysia’, Tun Mahathir Mohamad yang kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Ia dipersetujui dengan komen-komen netizen yang menyokong ketiga-tiga bekas menteri tersebut.



Foto: Instagram

Walau apapun, bak kata Caprice, hormati pendirian individu dan hidup dalam situasi harmoni. - CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazzure 11-5-2018 03:09 PM
BN is ok , yang memimpin dalam BN tu yang tak ok..dengan kemenangan PH ni saya harap pemimpin BN dapat muhasabah diri & insaf
Quote zuriey 11-5-2018 03:17 PM
Nk jaga hati biras kot si izara Ni
Quote barfi 11-5-2018 03:18 PM
Menyampah nya dengan caprice ni.. nak limelight je manjang. Perlu ke buat video..
Quote armin 11-5-2018 03:18 PM
Bang bang tapi mengundi ke Caprice? Cakap lebat, tp no vote no opinion
Quote bukan_ustazah 11-5-2018 03:38 PM
Caprice tak undi .. cakap lebat,  wayang je lebihh
Quote cmf_premierleag 11-5-2018 03:42 PM
Kepris ni mmg slalu mencapub sbb ye la ko kan sendu
Quote munchkin 11-5-2018 03:43 PM
H2o pada i ok. Wife dia pun ok je. Relaks pegi dinner ngan anak2 macam org biasa takde driver takde bodyguard pun
Quote kibodwatriuh 11-5-2018 04:09 PM
Edited by kibodwatriuh at 15-5-2018 03:55 PM

Aiyoo Sembrong's potential as a Prime Minister relies heavily on the fact that he is the son of Tun Hussein Onn and grandson of the great Onn Jaafar. Not more than that. Calibre? Yillek. Competency? Yillek. Integrity? UMNO mana ada integrity. Pemilihan pun tak buat, Najib yang banyak pekung pon ko simpan dan defend habis-habisan. Selayaknya berkubur.
Quote BookerT 11-5-2018 04:21 PM
dah mak hayam najib kalah baru berani nak hashtag tak setuju mak hayam najib...lalang ke cari makan ni nyah?
Quote sepertiitu 11-5-2018 04:46 PM
mencapub je lebih dia ni. no undi no opinion yach
Quote armin 11-5-2018 04:49 PM
Nampak kat twitter rotikaya si Caprice upload pasal orang tanya dia mengundi ke tak tapi Caprice tak jawab pun. Duk kona2 pusing2 jawapan. Nampak sgt!

Tak mengundi tak payah cerita politik la weh!
Quote izat123 11-5-2018 04:52 PM
Anak bongsu tok k habis habisan pro PH kat twidder. Haha  
Quote nishikido 11-5-2018 04:56 PM
Tssskkk.. masalahnya ho ni pon 2x5 dgan kazen dia.bakal piyem ma SSS..
Quote kikiharris 11-5-2018 05:00 PM
Spesis pemalas mengundi ni yg lebih sudu dari kuah. Dah la pemalas, tak malu plak tu sembang acah2 patriotik. Warga emas lutut dah mengeletar pon boleh datang awal pagi
Quote weezerfan 11-5-2018 05:00 PM
Caprice ni mengundi pon x saje sembang kencang babi pon boleh mati!
Quote kibodwatriuh 11-5-2018 05:05 PM
Sembrong ni paling-paling dia boleh buat ialah hunus keris kat Mesyuarat Agung UMNO jelah---sekadar nak nampak jiwa perwira. Hakikatnya sendu.
Quote Aduradura 11-5-2018 05:05 PM
Heolls ni punyala bang2 wassup gang, nasihat orang sana, nasihat orang sini, motivate sana sini, nampak heolls post pasal politik haritu, last2 heolls sendiri tak mengundi, harusla dikecam nokkk....lagi2 keprice ni motivator serba serbi tau khennnnn
Quote Nenasketum 11-5-2018 06:06 PM
Ibarat diminta diperkosa sekali lagi.
Quote cmf_premierleag 11-5-2018 06:08 PM
kibodwatriuh replied at 11-5-2018 04:09 PM
Aiyoo Sembrong's potential as a Prime Minister relies heavily on the fact that he is the son of the  ...

H2O masa kes lahad datu tu pun heshe kepit mcm pondan kan? Celah mana tah berkaliber bagai

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.382125 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top