CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patutlah Rosak, Cicak 'Berkampung' Dalam Periuk Nasi

7-5-2018 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4913| Komen: 18

Penemuan sejumlah bangkai cicak di dalam sebuah periuk nasi milik pelanggan yang dihantar untuk dibaiki di kedai elektrik milik bapanya benar-benar mengejutkan seorang wanita.


mStar Online melaporkan, gambar periuk nasi cicak itu telah dikongsi wanita yang dikenali sebagai Syahirah Che Lah, 26 itu di Facebook sebelum ianya menjadi tular.

Foto: Facebook
Menurutnya, kejadian seperti itu bukanlah yang pertama kali disaksikan.

“Itu bukan periuk nasi ‘cicak’ yang pertama. Dah banyak periuk nasi yang dihantar pelanggan sebelum ini kami temui bangkai cicak. 


“Tapi biasanya kami jumpa seekor atau dua cicak saja. Tapi periuk nasi yang satu ini ‘luar biasa’ sebab ada lebih 10 cicak, siap ada lipas yang baru mati."

Menurut bapa Syahirah lagi, cicak-cicak dalam periuk nasi adalah antara punca berlaku kerosakan.

“Periuk nasi ni kita guna setiap hari, gunakan pun untuk makanan. Jadi, jagalah kebersihan peralatan kita, jangan biarkan ‘penunggu’ cicak dalam tu.

“Kalau dibiarkan penutup periuk terbuka lama, haiwan-haiwan kecil ini mudah masuk dan ia akan ‘bersembunyi’ di sebalik plat besi di dalamnya."

Foto: Facebook
Pesannya lagi, “Macam di kedai abah saya, kami ada buat servis untuk periksa peralatan elektrik seperti periuk nasi. Bahagian dalamnya akan dibuka untuk diperiksa sama ada cicak atau binatang lain ‘menyorok’.

“Pada masa sama, ia boleh dibuka sendiri menggunakan pemutar skru. Jangan tunggu rosak baru nak periksa. Apa yang penting jangan biarkan cicak menjadi ‘penunggu’ dalam periuk nasi anda." -CARI
9

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
3

Sedih
11

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 7-5-2018 03:52 PM
eeuuww..perase tambahan bg nasik..
Quote insulin 7-5-2018 03:53 PM
Geli. Mesti bau busuk kaw-kaw. Macam manalah boleh x perasan?
Quote DollahRepek 7-5-2018 03:53 PM
uwweeekkkkk
Quote M.Rose 7-5-2018 03:55 PM
Tinggal tambah kicap ja
Geli tekakkk
Quote manehnya 7-5-2018 03:58 PM
haahaha...

kdg2 bila masak nasik, ada satu bau cm terbakar tu...

korek2 lah periuk nasik anda

Quote najib888 7-5-2018 06:53 PM
Tak yah dok ewww ewww sgt la.. benda ni common kot. Cer korang check perkakas electric kat umah tu..
Dlm kes ni, tak ada contact pun bangkai cicak dengan makanan yg dimasak.. cicak ni berkampung area power inlet, bawah plate heater elements..
bila dia merayap, tersentuh wire live + neutral connection, mmg power trip..
Quote sapeka 8-5-2018 08:36 AM
aroma dia memenuhi nasi masa memasak
hmmm
hmmm
Quote tari 8-5-2018 08:43 AM
Eeeeww xleh hadam betul
Quote paz 8-5-2018 09:08 AM
Nasib baik Paz tak pakai rice cooker begini.
Quote Simunggu 8-5-2018 09:16 AM
mcm ikan bilis mata biru pula..
Quote gaara_X 8-5-2018 09:21 AM
wow.....menarik!!!
Quote aku_best 8-5-2018 09:21 AM
uwekssss....muntoh ijooooo
Quote noor2 8-5-2018 09:28 AM
Terima kasihlah berita ni dan berita pekerja makan kemaluan majikan tu....buat aku tak dak rasa nak makan ...boleh kurang gemuk badan ni dalam 2 hari bila hilang selera
Quote buapakperut 8-5-2018 09:34 AM
festival cicak ke ape tu. rumah kena jaga sebab pest ni semua banyak bawa penyakit. zizik betul la wekkkkkkk
Quote cmf_premierleag 8-5-2018 09:49 AM
noor2 replied at 8-5-2018 09:28 AM
Terima kasihlah berita ni dan berita pekerja makan kemaluan majikan tu....buat aku tak dak rasa nak  ...

samalah kita..tak lalu nak telan makanan dah
Quote noor2 8-5-2018 09:53 AM
cmf_premierleag replied at 8-5-2018 09:49 AM
samalah kita..tak lalu nak telan makanan dah

Kaka masih amalkan petua premier dulu walau adakala terbabas juga minum air manis hehe. ..
Quote raxief 8-5-2018 12:04 PM
banyaknye cicak.. geli siot.. tapi aku paling risau cicak/lipas masuk air fryer la..
Quote Artemesiaa 8-5-2018 12:12 PM
Euwww pengotornya, tuan punya periuk mesti jenis lepas basuh beras terus tekan suiz.  Sebab tu ada baik buat seperti yang disarankan.  Sesekali periksa juga periuk tu secara keseluruhann untuk elak benda2 macam ni terjadi.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048180 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top